Friday, December 31, 2010

Di bawah naungan itu

Bismillah..

Alhamdulillah.. after many times postpone, finally we got  the precious chance to visit one of a kind of "rumah pengasih" which a place that provides protection and assistance to youth, those that being the  victim of this social phenomenon.

The 1st expression when we arrived at the house were pity, fear, exited and speechless. After some briefing, we were invited to start our program.
The most interesting programs was making donuts! It is impressive that they really skilled in making donuts.
While making donuts, there were some chat that really impressed us.


>adik, so how do you feel living here?
>> Ok kak.
> oh.. then what is ur daily activities?
>>pagi bangun pukul 3. Then prepare for qiamullai. Qiamullai until solat subuh.
    lepas tu ada tilawah pagi, tilawah petang, mathurat, majlis ta'lim.And we're fasting on monday and thursday.

momentarily speechless.
wow!! their life really mesmerize us.
What about us? 
Do our amalan as many as theirs? 
Although they have done the worst act but they try to improve themselves.


Check balik diri. 

wallahu'alam

It's a memory.history

Bismillah..
Tercampak untuk 3 tahun di tanah Indera Kayangan bukanlah something yang diidamkan atau di dreamingkn. Tidak dapat bayangkan hidup di Perlis yang dihujung Tanah Melayu. FOR 3 years!!
Tapi tu fikiran 1 and half year ago.

Bila dah hidup di sana..
 1 and half year is really meaningful and unforgettable.
Sangat mengajar to be TOUGH AND FEARLESS, dewasa, meaning of friendship, leadership and many. 

Betul kata pepatah.. when its gone.. baru nk teringat..
After 1 and half year bila dapat offer rasa sayang and sedih nak tinggalkannya. In dilemma for beribu-ribu detik to make decision.

and last.. sorry friends. Insyaallah kita jumpa lagi lain kali. Sorry for all mistakes.
And kena sentiasa ingat..antara golongan yang akan mendapat naungan di akhirat. " Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah"

Dah di pesan by someone.." nanti dapat kawan baru jangan lupa kami di sini" - i'll keep that word.

For geng lepak aras 3..roomates.. ACD3Ba, commander, Along pini, acik sham, eyha, norein and rest...
MAy Allah Bless All of you.. and Strive to be best..


wallahu'alam

Uhibbukifillah







Wednesday, November 24, 2010

Warkah Kepada Pemimpin

Bismillah..
Premise 1: Pemimpin adalah hamba kepada pengikut
                                             Premise 2: Saya adalah pemimpin
                                            Conclusion: Saya adalah hamba kepada pengikut!

Memimpin. Jangan menganggapnya senang dengan hanya duduk di atas dan memberi arahan sana-sini di samping INCOME masuk berganda-ganda macam manggis jatuh bile kena kait.


Hadis Sahih:
Mana-mana pemimpin yang dilantik mengurus urusan Muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh terhadap mereka dan menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk ke dalam SYURGA bersama-sama dengan mereka
 TAKOT X? :(

Khalifah Umar Abd Aziz pernah meminta nasihat daripada seorang ulama' yang bernama Hasan Al-Basri..
Dengan senang hatinya ulama' besar itu menulis sepucuk surat kepada Kalifah Umar dan antara isinya..

Allah telah mengamanahkan Khalifah untuk membetulkan segala kesalahan, membaiki yang rosak, membela mereka yang teraniyai dan menguatkan yang lemah.

Seorang ketua hendaklah berdiri antara Tuhan dengan hamba-Nya. Dia mendengarkan firman Allah dan kemudiannya menyampaikannya.
Seorang ketua juga perlulah menghukum dengan ADIL dan sentiasa ingat pada mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu, tiada siapa yang mampu membela selain amal ibadatmu. Kerana itu, perlulah bersiap sedia menghadapinya..

Kesinambungan dari itu, seorang ketua itu tidak seharusnya memandang pada kedudukannya pada hari ini, tetapi pandangglah kedudukan pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, nabi dan rasul...

That's A LEADER..

Mampukah kita seperti Abu Bakar yang sanggup berperang untuk membeteras kefasikan?
Mampukan kita seperti Umar Al-Khatab menakluk banyak wilayah?
Mampukah kita seperti Umar Abdul Aziz yang memecat pemerintah yang tidak melaksanakan solat Fardhu?

Mampukah...

Renung + tafsir

Wallahu'alam..

p/s: teringat slogan skolah: Hira' memimpin :p

Tuesday, November 23, 2010

Hidup Mulia @ mati syahid..

Bismillah...

HIDUP MULIA@ MATI SYAHId...a motto that inspire all people who wish for martyrdom ..





Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di negara yang aman.. ada harapankah kita untuk mendapat syahid? 

Setelah dikumpulkan beberapa hadis dan ditafsirkan, dapat disimpulkan terdapat pelbagai jalan untuk mendapatkan mati syahid.
Antaranya:

  1. Orang yang mati ketika berjihad untuk ad-deen
  2. Orang yang dipatuk binatang berbisa lalu meninggal.
  3. Orang yang mati dalam majlis ilmu @ menunggu majlis ilmu
  4. Orang yang mati kerana sakit perut
  5. Orang yang mati lemas
  6. Wanita yang mati dalam keadaan- sedang hamil, atau sedang melahirkan atau dalam pantang(ketika masih ada nifas)
  7. Orang yang mati dalam keadaan belum berkahwin.. dimaksudkan adalah orang yang nak kahwin, tapi x ada jodoh dan dia redhainya.
  8. Orang yang mempertahankan harta(harta yang halal @harta amanah)- mempertahankan harta termasuk dalam maqasid syariah..
  9. Orang yang menentang kezaliman- cth (Syed Qutb, Hassan Al-banna)
  10. Oranag yang mati sebab terasing.. Maksudnya orang yang dibuang negeri kerana mempertahankan agama lalu mati-CTH Hj Abd Rahman Limbong
  11. Orang yang mati dalam keadaan wudu' 
  12. Orang yang mati terbakar hidup-hidup-eg: rumah terbakar      
 Konklusi:
opportunity to get SYAHID is in front us..
Check balik diri.. kena usaha untuk syahid..


wallahu'alam





Membaca sirah Islam

Bismillah..

Its semester break again... Its time to Qada' balik masa untuk baca novel.. yea!!

The book that has attracted the attention: Umar Abdul Aziz

Baru sekarang terasa petapa indahnya sirah Islam.. Menjadi lebih indah jika dapat berkongsi pendapat dan berdiskusi dengan sahabat yang dah baca juga.. 
Barulah tau.. bagaimana berubahan kuasa boleh berpindah dari keturunan Muawiyah bin Abi Sufyan kepada Marwan bin Hakam, Bagaimana anak 'Asma binti Abu Bakar; Abdullah bin Zubair dibunuh dgn kejamnya, macam mana zuhudnya Umar Abd Aziz, kemuliannya, kepandaiannya and more...

Sangat menarik..tapi.. banyak persoalan yang timbul dari penulisan buku itu...


  • Betulkah kebanyakan Khalifah memerintah dangan kejam?
  • Memang mostly Gabenor tamak dan kejam ke?
  • Kenapa Khalifah masih percaya pada seseorang itu w/pun tahu dia kejam?
  • Kenapa sahabat-sahabat nabi dibunuh dangan kejam oleh pemerintah Islam sendiri?
  • Khalifah tidak bersyura? 
  • Kenapa Panglima Perang yang berani dimurkai kerana strategi perangnya?
dan yang lain..
Persoalan ini bahaya kepada orang yang hanya membaca tanpa berfikir(boleh menyababkan pandang serong terhadap pemerintahan Islam)...

Konklusi:
-Parents kena guide anak2..
- Baca rujukan lain..
-Bincang dengan kawan-kawan..

May Allah Bless..

Pedang tentera muslim biasanya berbengkok manakala tertera salib lurus dan berat








    Wednesday, May 26, 2010

    Kenal x Jiran?

    Dengan nama Allah..


    Seorang sahabat bercerita:

    Suatu hari on the way pulang ke rumah menaiki teksi dari KTM, dia telah berborak-borak dengan Pak Cik teksi itu..

    -Erm rumah adik kat jalan ape?
    >>no 20 Jalan Kenanga 8/2B
    -oh okey..


    Nak dekat sampai rumah...

    - Dulu Pak cik slalu ambil orang kat jalan nih.. no 12. Slalu jugak die call suruh datang ambil. Tapi sekarang x da nye die call dah

    >> mungkin dah ade kereta baru kot pak cik..

    Untuk sampai ke rumah sahabati itu, teksi terlebih dahulu perlu lalui rumah no 12. dan mereka berdua menoleh ke arah rumah itu..

    -eh rumah cam dah kosong je..
    >> Pak cik, mereka dah pindah kot..hehe.. x perasan pulak
    -oh..

    Dan apabila sampai di hadapan rumah:

    >> Berapa ringgit?
    -RM 12.oo
    >> Nah duitnye.. erm sebenarnya saya x selalu balik ke rumah. Belajar jauh. Itu yang x tau sangat tuh..hehe ok pak cik.. Terima kasih.
    -Sama-sama.

    ( alasan terpaksa di "created" kan untuk tutup malu..haha

    Konklusi: kenalkah kita dengan jiran kita? Sedangkan Rasulullah sendiri menyarankan kita agar mengenali dan menghormati jiran.

    barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah
    ia menghormati jirannya






    Diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim.




    Renungkanlah


    Wallahu'alam



    Thursday, February 18, 2010

    Murabbi oh Murabbi


    Bismillah...

    Al- Kisah di sebuah walimatul urus yang sedang diadakan di muka bumi ini..
    Tatkala seorang sahabat sedang sibuk melayan tetamu yang hadir.. tiba - tiba dia terlihat seorang wanita bertudung labuh yang agak dikenalinya... Namun dibiarkan sahaja dulu.. mungkin tersalah orang..

    Masa berlalu dan akhirnya walimah itu hampir ke penghujungnya.. semua tetamu mula beransur pulang.. Secara tradisinya tuan rumah akan bersalaman dengan tetamu - tetamu yang hadir..(sebagai tanda terima kasih dan merapatkan ukhuwah).. Dan tibalah giliran wanita tadi untuk bersalaman dengan sahabatkU

    wANITA ITU: eRM..macam kenalnye..enti dulu..

    TERDIAM

    Sahabat: Ustazah Hayati ye??

    wANITA ITU: a'ah.. patutlah macam kenal..

    USTAZAH...

    Pelik.. Kenapa seorang guru yang lebih cam anak muridnya sedangkan kita sebagai murid tidak mampu untuk mengingati guru walaupun seorang??

    Renungkan


    Masih…jelas diminda…
    Bisikan suaramu memanggil…
    Di situ langkahku bermula…
    Mengejari cita kau di sisi….
    Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
    Terima kasih…


    Terima kasih guru…
    Kerna hulur tanganmu…
    Ku menghargai setulus jiwaku…
    Bicaramu guru kan ku ingat selalu
    Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


    Guru… ibarat pelita…
    Sentiasa menyinar kamar hidupku…
    Guru…kau pewaris ilmu…
    Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
    Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
    Terima kasih…

    Terima kasih guru…
    Kerna hulur tanganmu…
    Ku menghargai setulus jiwaku…
    Bicaramu guru kan ku ingat selalu
    Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


    Andai diberi peluang
    Inginku terbang tinggi di awangan…
    Kan ku petik bintang-bintang…
    Ku jadikan hadiah untukmu…
    Moga Tuhan merahmatimu…
    Terima kasih…

    Terima kasih guru…
    Kerna hulur tanganmu…
    Ku menghargai setulus jiwaku…
    Bicaramu guru kan ku ingat selalu
    Menjadi azimat hingga ke akhirnya…