Wednesday, December 9, 2009

sebuah lagi pemergian

In the name of Allah ..


Ahad/sunday/Domingo-2150.. My aunt-(Aunty Ida) telah pulang ke Rahmatullah. X smpi 100 hari Tokku meninggal..
Tetibe teringat modah cerita...lebih kurang camnih..

" ada sorg budak telah bertanya kepada bapanya..
> Ayah, orang yang meninggal dunia akan tinggal dalam kubur sampai hari kiamatkan? kemudian mereka akan dibangkitkan kan?
> ya anakku..
> kalau macam itu,kalulah hari kiamat lagi beberatus tahun lagi, kita akan tinggal dalam kubur yang sempit itu beratusa tahun lagi.. Dan orang x beriman akan diseksa beratus tahunlah..

Dan ayahnya termenung seketika.."


Camne dengan kita..

Sebuah lagi kisah, diceritakan oleh seorang sahabat...
Kisah disebuah tanah perkuburan..

selepas imam selesai membaca Talkin,kebanyakkan orang yang hadir beredar. Kemudian seorang Rijal telah hadir untuk membuat tahlil dan mendoakan si mati dengan berbinkan ayahnya. Tampa diduga seorang hamba Allah telah datang kepadanya dengan menegur
> Eh, Encik kene membinkan nama si mati dengan nama ibunya.. salah kalau membinkan dengan nama ayahnya kerana arwahkan sudah meninggal..

Rijal itu sungguh tidak berpuas hati.(Dalam hati rijal tuh):Mana ada orang guna nama ibu dalah Tahlil..eiii

Dan perselisihan itu tiada kesudahannya..

Bila fikirkan balik.. apa bezanya membinkan dengan nama ayah atau ibu..
Secara normanya..
Apabila Talkin dibacakan, si mati dibinkan ibunya kerana tiada siapa boleh menafikan nasabnya.
Dan orang akan mendoakan si mati berbinkan ayah ketika doa sewaktu tahlil diadakan kerana orang lebih mengenali seseorang itu melalui nama penuh dalam i/c nye daripada nama ibunya.

Jadi kenapa perkara ini harus dibangkitkan dalam kalangan masyarakat kita? Walaubagaimanapun kita doa, jika hati tulus Ikhlas untuk disedeqahkan kepada si mati..Insyaallah akan sampai kepadanya..


RENUNGKANLAH

Akhis sekali.. Al- Fatihah untuk semua yang telah menghadap Ilahi..
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment