Saturday, January 28, 2012

Yang muda di hormati yang tua disayangi

Bismillah..

Sejak berkurun lamanya kanak-kanak akan disogokkan diingatkan dengan ayat nih:
"Nak, ingat sampai bila-bila ni, kena selalu hormati yang tua, tak kisahla tua banyak ke tua sikit ke, tua dua setengah bulan ke dan kena sayangi yang muda walaupun beza setengah hari je umur. Ingat tau!"

Ya, sampai ke tua kanak-kanak innocent tadi akan ingat nasihat itu dan hadamnya tanpa mengubah sedikit pun. Mereka akan mempraktikkannya sehingga mereka sendiri menjadi tua.
Amalan ini adalah sangat bagus. Namun, jika di praktikkannya sebab nenek atau moyang sedara suruh  tanpa ilmu adalah something yang sia-sia. Ibaratnya seseorang yang ingin mencipta robot tapi tidak ada ilmu tentang robot. So, apa akan terjadi ialah dia akan mencipta robot yang tahpapentah dan tidak ade penghujungnya. Betulkan? Same juga dengan apa yang saya ingin sampaikan, kalaulah seseorang tu hanya tahu yang tua sahaja yang perlu di hormat akan jadilah sketsa seperti ini:

Suatu hari yang hening,aman dan damai, seorang pemudi dan sahabatnya sedang berdiri di hadapan pintu gerbang hotel mereka, menghirup udara segar sementara tunggu bas persiaran mereka sampai. Tiba-tiba, sorang pak cik tua yang sedang berjalan beriringan dengan isterinya telah menegur mereka dengan cara yang "paling sopan di alam semesta"
 > Woi, kalau ye pun nak tunggu bas tak yahla kacau laluan orang, ishhh!

Sentap jap.

Dengan rasa hati yang terhiris pilu dan malu dengan orang sekeliling yang nampak, pemudi dan sahabatnya itu terus berlalu dari situ.

Ini bukan sekadar sketsa, cite betul nih!

Memang betul nak ikut nasihat nenek moyang dahulu. Tapi kita kena amalkannya dengan ilmu. Situasi di sini bukan orang tua sahaja perlu dihormati, yang muda pun.

Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain
Naa, maksudnya di sini, Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain tak kira siapa dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.


Mungkin ada yang merasa ini perkara remeh je, itu pun nak kecoh. But for some people, kita tak boleh take for granted je. Setiap hamba Allah ada perasaan. Orang yang dah rase situation ini maybe akan terasa kepentingannya right? :)

Oleh itu, kita haruslah mesti mengingatkan antara satu sama lain tak kira tua ke muda. Hormat dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Tak leh salu balme orang muda tak hormat orang tua, atau orang tua tak sayang orang muda. Hormat dan sayang kene jalan serentak. Yang muda dan tua dihormati dan disayangi..hehe
Moga dapat manfaat.

Wallahu'alam.