Wednesday, November 24, 2010

Warkah Kepada Pemimpin

Bismillah..
Premise 1: Pemimpin adalah hamba kepada pengikut
                                             Premise 2: Saya adalah pemimpin
                                            Conclusion: Saya adalah hamba kepada pengikut!

Memimpin. Jangan menganggapnya senang dengan hanya duduk di atas dan memberi arahan sana-sini di samping INCOME masuk berganda-ganda macam manggis jatuh bile kena kait.


Hadis Sahih:
Mana-mana pemimpin yang dilantik mengurus urusan Muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh terhadap mereka dan menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk ke dalam SYURGA bersama-sama dengan mereka
 TAKOT X? :(

Khalifah Umar Abd Aziz pernah meminta nasihat daripada seorang ulama' yang bernama Hasan Al-Basri..
Dengan senang hatinya ulama' besar itu menulis sepucuk surat kepada Kalifah Umar dan antara isinya..

Allah telah mengamanahkan Khalifah untuk membetulkan segala kesalahan, membaiki yang rosak, membela mereka yang teraniyai dan menguatkan yang lemah.

Seorang ketua hendaklah berdiri antara Tuhan dengan hamba-Nya. Dia mendengarkan firman Allah dan kemudiannya menyampaikannya.
Seorang ketua juga perlulah menghukum dengan ADIL dan sentiasa ingat pada mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu, tiada siapa yang mampu membela selain amal ibadatmu. Kerana itu, perlulah bersiap sedia menghadapinya..

Kesinambungan dari itu, seorang ketua itu tidak seharusnya memandang pada kedudukannya pada hari ini, tetapi pandangglah kedudukan pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, nabi dan rasul...

That's A LEADER..

Mampukah kita seperti Abu Bakar yang sanggup berperang untuk membeteras kefasikan?
Mampukan kita seperti Umar Al-Khatab menakluk banyak wilayah?
Mampukah kita seperti Umar Abdul Aziz yang memecat pemerintah yang tidak melaksanakan solat Fardhu?

Mampukah...

Renung + tafsir

Wallahu'alam..

p/s: teringat slogan skolah: Hira' memimpin :p

Tuesday, November 23, 2010

Hidup Mulia @ mati syahid..

Bismillah...

HIDUP MULIA@ MATI SYAHId...a motto that inspire all people who wish for martyrdom ..





Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di negara yang aman.. ada harapankah kita untuk mendapat syahid? 

Setelah dikumpulkan beberapa hadis dan ditafsirkan, dapat disimpulkan terdapat pelbagai jalan untuk mendapatkan mati syahid.
Antaranya:

  1. Orang yang mati ketika berjihad untuk ad-deen
  2. Orang yang dipatuk binatang berbisa lalu meninggal.
  3. Orang yang mati dalam majlis ilmu @ menunggu majlis ilmu
  4. Orang yang mati kerana sakit perut
  5. Orang yang mati lemas
  6. Wanita yang mati dalam keadaan- sedang hamil, atau sedang melahirkan atau dalam pantang(ketika masih ada nifas)
  7. Orang yang mati dalam keadaan belum berkahwin.. dimaksudkan adalah orang yang nak kahwin, tapi x ada jodoh dan dia redhainya.
  8. Orang yang mempertahankan harta(harta yang halal @harta amanah)- mempertahankan harta termasuk dalam maqasid syariah..
  9. Orang yang menentang kezaliman- cth (Syed Qutb, Hassan Al-banna)
  10. Oranag yang mati sebab terasing.. Maksudnya orang yang dibuang negeri kerana mempertahankan agama lalu mati-CTH Hj Abd Rahman Limbong
  11. Orang yang mati dalam keadaan wudu' 
  12. Orang yang mati terbakar hidup-hidup-eg: rumah terbakar      
 Konklusi:
opportunity to get SYAHID is in front us..
Check balik diri.. kena usaha untuk syahid..


wallahu'alam





Membaca sirah Islam

Bismillah..

Its semester break again... Its time to Qada' balik masa untuk baca novel.. yea!!

The book that has attracted the attention: Umar Abdul Aziz

Baru sekarang terasa petapa indahnya sirah Islam.. Menjadi lebih indah jika dapat berkongsi pendapat dan berdiskusi dengan sahabat yang dah baca juga.. 
Barulah tau.. bagaimana berubahan kuasa boleh berpindah dari keturunan Muawiyah bin Abi Sufyan kepada Marwan bin Hakam, Bagaimana anak 'Asma binti Abu Bakar; Abdullah bin Zubair dibunuh dgn kejamnya, macam mana zuhudnya Umar Abd Aziz, kemuliannya, kepandaiannya and more...

Sangat menarik..tapi.. banyak persoalan yang timbul dari penulisan buku itu...


  • Betulkah kebanyakan Khalifah memerintah dangan kejam?
  • Memang mostly Gabenor tamak dan kejam ke?
  • Kenapa Khalifah masih percaya pada seseorang itu w/pun tahu dia kejam?
  • Kenapa sahabat-sahabat nabi dibunuh dangan kejam oleh pemerintah Islam sendiri?
  • Khalifah tidak bersyura? 
  • Kenapa Panglima Perang yang berani dimurkai kerana strategi perangnya?
dan yang lain..
Persoalan ini bahaya kepada orang yang hanya membaca tanpa berfikir(boleh menyababkan pandang serong terhadap pemerintahan Islam)...

Konklusi:
-Parents kena guide anak2..
- Baca rujukan lain..
-Bincang dengan kawan-kawan..

May Allah Bless..

Pedang tentera muslim biasanya berbengkok manakala tertera salib lurus dan berat