Sunday, August 12, 2012

Si Robin Hood di bulan Ramadhan.

Bismillah..

Disclaimer: Sila tonton video di atas dahulu sebelum membaca post di bawah..  :)


Jika tak termasuk hari ini, tinggal 6 lagi hari kita akan berpesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Eh nak habis ramadhan dah ke? capatnya!! Jika anda masih dalam mood lalai dan leka, sila ketuk ketampi atau tampar diri sendiri banyak kali supaya kita tersedar.. Bagi anda yang baru tersedar, jangan risau masih ada masa lagi untuk berpesta ramadhan! Walaupun terlambat tapi masih adakan peluannya?

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan tarbiyah kepada kita. Masa inilah kita nak didik diri kita terutama nafsu kita untuk jadi lebih baik. Allah bukan saja-saja suruh kita berpuasa 30 Hari, solat terawikh berakaat-rakaat,    tahan diri dari buat maksiat. Semua itu untuk mendidik diri kita. Tak kira dari segi spiritual, jasmani, dan intelektual. Lagipun, memandangkan setan dah kena ikat tiada alasan lagi untuk kita tak nak berubah jadi lebih baik. Bulan lain bolehlah aci redah bagi alasan tak nak berubah sebab setan asyik goda je. But not in Ramadhan. 

Namun Begitu, sayang sekali masih ramai yang tidak ambil peluang ni. Tergoda dengan nafsu, dunia. Yang paling tak tahan tuh, makin banyak pulak kecurian yang berlaku. Di sekeliling saya terutama. Mula-mula jiran  saya yang hampir kehilangan kereta dihadan rumahnya. Kemudian, jiran kenalan yang dirompak ketika sedang nak bersiap bersahor. Lagi, ustazah saya yang dirompak beg tangannya sewaktu sedang qoilulah di surau sementara tunggu orang solat jumaat. Dan the latest, tadi selepas solat terawikh, sahabat saya kehilangan handphone dan berpuluh-puluh ringgit! Sungguh banyak bukan? Ini baru di sekeliling saya.  Dan ini berlaku di bulan Ramadhan.

Saya percaya, setiap kejadian yang berlaku baik kepada pencuri atau mangsa ada hikmanya. Mungkin Allah ingin menguji mereka. 

Kapada pencuri: Bertaubatlah! Kerana pintu taubat masih terbuka. Ya, mungkin anda pencuri dengan niat nak tolong orang miskin sebelah taman atau sebagai duit raya kepada sanak saudara. Niat tak menghalalkan cara beb! Robin Hood bukan idola yang baik untuk anda!! Berdoalah kepada Allah kalau kita nk something. Sesunggunya Allah akan memperkenangkan doa kita. Lambat atau cepat. Tak tipu!




Kepada mangsa: Anda sedang dalam mood "diuji". Sila banyakkan doa memohon  pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Bukankah doa orang berpuasa dimakbulkan? :) P/s: mungkin boleh redakan duit yang dicuri sebagai duit raya mereka? hehe



"Siapa yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah memang loser betul ! "

[sumber asal : Hadis Rasulullah riwayat Bukhari]


Wallahua'alam

Allahumma barikna fi ramadhan wa balighna lailatul Qadr!