Tuesday, August 30, 2011

Sakit itu PENGHAPUS @ PENAMBAH dosa?

Bismillah..

Alhamdulillah, masih Allah kurniakan hidup ini untuk bertemu Syawal lagi bagi menyambut kemenangan selepas berjaya mengcontrol nafsu di bulan Ramadhan.

Farewell Ramadhan. Moga jumpa lagi Tahun depan.

Ramadhan yang lepas banyak memberi pengajaran. Ya, pengajaran yang tiada bandingannya. Terutama my 1st ever experience berbuka dan moreh di hospital. Bahagian ortopedik lelaki. Sebelum tuh, betulkan fikiran anda bahawa saya bukan berpractical atau bekerja di sana. Hanya sebagai pelawat dan penganalisis behavior (kerja tambahan :P). Sepanjang seminggu di sana, conclusion yang saya dapat daripada inference dan hypothesis yang saya buat, saya mendapati bahawa
" Ramai yang kantoi PUASA apatah lagi SOLAT!!"
Serious!! x tipu oo!! Mungkin ramai yang akan kata "orang sakit, kan ade yang Dokter x kasi pose" kan? kan? kan?
Ya, itu saya tak nafikan. Tapi, saya ingatkan kembali- ini bahagian ORTOPEDIK. Department yang menempatkan pesakit- pesakit yang sakit berkaitan tulang. Kalau setakat patah tangan dan dokter kate, x cucuk insulin pun x pe,- bukankah wajib ke atasnya berpuasa? Puasa bulan Ramadhan adalah wajib. Perkara wajib yang ditinggalkan adalah DOSA. Bukankah sebenarnya sakit Allah berikan kepada kita untuk menguji dan menghapuskan dosa kita? 

Sabda Rasulullah s.a.w:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu perkara yang menyedihkan saya adalah, sudah terang lagi bersuluh sign "TIDAK BOLEH MAKAN DAN MINUM" terpampang di katil pesakit, apa salahnya puasa je, dapat kurangkan sket jumlah yang kena ganti nanti. Ini tak, siap boleh makan dan minum lagi, walaupun fruits dan air masak. Astaghfirullah..

P/s: Saudara dan saudari, makan dan minun before operation boleh effect on your bius nanti. So beware!

Jika puasa pun tak buat, solat apatah lagi. Sepanjang seminggu saya di hospital, saya hanya nampak 2 orang sahaja patients yang solat. seorang pak cik dan seorang budak UPSR. hoho.. Saya kagum dengan budak 12 tahun tu (sambil tepuk tangan dengan kuasa 120 megawat).
Ok, itu apa yang saya nampaklah, mungkin ramai je lagi yang solat yang saya tak sempat saya usha. Husnuzon..husnuzon (bersangka baik).

Namun, Pak cik katil sebelah, buatkan saya tak mampu nak menahankan kehusnuzhon saya. Setiap kali time solat, tidak pernah kelihatan tanda2 untuknya untuk solat. Bila warisnya datang melawat, tidak pernah pula saya lihat dia berusaha untuk mengambil air kepada pesakit untuk dia berwudu'. Selepas berbuka, mostly waris pesakit berlumba-lumba nak pergi surau sebab surau boleh memuatkan seorang sahaja untuk satu-satu masa. One day, ketika saya sedang bersiap untuk bermarathon.hehe. kelihatan waris di katil sebelah masih menikmati juadah. Namun, hari itu saya terlambat sedikit solat kerana menunggu turn telekong. Setelah selesai, saya pulang ke katil, kelihatan waris di katil sebelah masih tak berganjak. Eh, tak pergi solat ke? terdetik di hati, kalau waris pun tak solat, pesakit apatah lagi.

Astaghfirullah.

Teringat kta-kata seorang ustaz :
" Sakit itu penawar. sakit itu akan dekatkan kita lagi kepada Allah.Bila kita sabar, dosa-dosa kita insyaallah akan gugur. Namun, bila sakit tu jauhkan lagi kita, maka itu adalah BALA.."

Astaghfirullah..

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (1:6-7)


wallahu'alam. Moga bermanfaat.


Wednesday, August 17, 2011

Madah Shophaholic

Bismillah...

Kelihatan ada dua orang gadis sedang bejalan-jalan di Petaling Street  i-Setan KLCC sambil menjinjing beg plastik yang lebih daripada 6.

Sofea: Ju, dah banyak dah kita shopping nih, x rasa membazir ke?

Julia: X.  (sambil muka innocent). Rezeki lebih. Lagipun kita kenalah ikut zaman. Baju kena ikut fashion. I punya baju semua dah OUTDATED. huhu

Sofea: Aish.. (muke serius).. Kalau ye pon, x payah la banyak sangat.Save la sikit untuk masa hadapan. You tahu x kalau kita beli banyak sangat nih satu pembaziran? Membazir tu amalan syaitan. Nak ke jadi kawan syaitan?

Julia: Mestilah x mau! Tapikan, tahu tak kenapa setiap bulan Ramadhan atau x kisahlah bulan apa ada ramai orang menderma baju, sampai tak muat lori yang nak hantar untuk di agihkan kepada orang miskin?

Sofea: Apa kaitan dengan perbualan kita? Ish2. x pe lah, from my point of view, of course la sebab hati mereka sungguh suci, sungguh murni sampai nak dermakan pakaian mereka. Kebanyakan I tengok lawa-lawa belaka. Pelik juga, diorang x sayang barang ke?

Julia: haha. Betul Jawapan you tuh. But, tak dapat full mark lagi. Sebetulnya, sebab ramai antara mereka orang seperti I. Gila shopping. Pakai sat je pon. Daripada buang  baik bagi mereka yang memerlukan. Then mereka pun happy. Bukankah itu satu kitaran hidup yang sihat?

Sofea: erm.. kalau dah shophaholic tu.. shopaholic jugak.. (-_-)

* Ini adalah salah satu reality. Bukan semua begini. Harap dapat memahami.
read and heed. moga bermanfaat.
wallahu'alam

Tuesday, August 9, 2011

Kaulah yang bersalah!!!

Bismillah,

Sambil berehat-rehat di atas kerusi yang empuk (melepaskan lelah selepas bekerja seharian suntuk), tangan tiba-tiba tergatal pulak untuk switch on TV setelah sekian lama tak terbuka. huhu. Tanpa terduga- muncul wajah Anna Althafunnisa dan Khoirul Azam. Wow, ketika cinta bertasbih the serieslah! maju2. Tapi, bukan kerana cerita itu itself yang menerujakan saya untuk menonton. Kebetulan time itu, part dihospital di mana seorang Kyia sedang terbaring lesu di atas katil menunggu masa untuk bertemu Tuhannya. Dia dikelilingi oleh beberapa orang yang wajahnya terpancar sinar keimanan.(maklumat tambahan..hehe). Dalam keadaan tidak bermaya, Kyai itu sempat berpesan berwasiat:

" Janganlah kamu berpacah belah, kerana ia akan merosakkanmu"

Lebih kuranglah begitula ayatnya. Ada panjang lagi wasiatnya, tapi yang ini yang memberi kesan kepada saya.  
Kenapa?
Sebab, percaya atau tidak, kesepaduan suatu organisasi itu sangat memberi kesan kepada umat, rakyat, masyarakat @ seumpamanya kini dan akan datang. Serius! Perkara ini sudah berlaku di depan mata. Mungkin ANDA  juga dah  merasainya. 

Solidarity is the most for everyone


Pernah once upon a time sewaktu di universiti dahulu, dalam sebuah meeting yang kononnya diadakan sebagai post moterm, word "KAULAH YANG BERSALAH" sangatla di agung-agungkan, menunding jari menjadi habit dan sifat ketegaq sentiasa di amalkan , dan akhirnya tidak ada kepersepakatan akan berlaku. Pencatit minit terpaksa menukar tajuk meeting dari POST MORTEM kepada SALAH-MENYALAH SESSION.  Aktiviti-aktiviti akan datang surely akan hancur sebab semua dok dendam sana dendam sini. Ahli organisasi yang menjadi pemerhati kehormat yang akan menjadi mangsa. Bukan mereka sahaja, ahli kelab juga menjadi mangsa tambahan sebab aktiviti mereka tidak bejalan lancar. Kesannya bukan berhenti di situ sahaja. Apabila aktiviti persatuan tidak di jalankan, persatuan itu dilabel persatuan boring dan x best. Semester akan datang surely ramai ahli cabut except yang dah bayar yuran untuk setahun. Dan bilamana tidak ada ramai ahli, kemungkinan besar persatuan itu akan dibubarkan. Sangat kesian kepada the founder dan para pioneer organisasi persatuan itu. Penat lelah mereka di bayar dengan pengbubaran persatuan yang mereka bina oleh new generation...
Haa.. nampakkan imapak yang besar yang akan berlaku jika diada kasatuan dan perpaduan dalam organisasi?

Itu baru organisaisi di universiti. Bagaimana pula organisasi yang mentadbir negara? 


Mungkin ramai yang memandang enteng atau tidak pernah terfikir hal ini terutama manusia-manusia yang malas nak join mana-mana organisasi. Tapi percayalah, perkara ini sangat penting.

Allah juga telah berfirman:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103} 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk”

Thus, apa tindakan kita untuk bersatu patu?
Tidak payah susah2 fikir, the most important are: Kita, x kesahlah sebagai ketua atau apa, jangan bercakap terlalu banyak tapi praktiknya x de. Also, jangan tunjuk pandai sampai x mau dengar pendapat orang. Asyik dia je nak menang, mane boleh macamtu walaupun dia seorang ketua. Syura itu penting. selain tu, sesama ahli dalam organisasi perlu bermuafakat untuk capai hadaf (muafakat).

Semoga sampai apa yang nak di sampaikan.

Moga memberi manfaat.
Wallahu'alam.