Tuesday, August 30, 2011

Sakit itu PENGHAPUS @ PENAMBAH dosa?

Bismillah..

Alhamdulillah, masih Allah kurniakan hidup ini untuk bertemu Syawal lagi bagi menyambut kemenangan selepas berjaya mengcontrol nafsu di bulan Ramadhan.

Farewell Ramadhan. Moga jumpa lagi Tahun depan.

Ramadhan yang lepas banyak memberi pengajaran. Ya, pengajaran yang tiada bandingannya. Terutama my 1st ever experience berbuka dan moreh di hospital. Bahagian ortopedik lelaki. Sebelum tuh, betulkan fikiran anda bahawa saya bukan berpractical atau bekerja di sana. Hanya sebagai pelawat dan penganalisis behavior (kerja tambahan :P). Sepanjang seminggu di sana, conclusion yang saya dapat daripada inference dan hypothesis yang saya buat, saya mendapati bahawa
" Ramai yang kantoi PUASA apatah lagi SOLAT!!"
Serious!! x tipu oo!! Mungkin ramai yang akan kata "orang sakit, kan ade yang Dokter x kasi pose" kan? kan? kan?
Ya, itu saya tak nafikan. Tapi, saya ingatkan kembali- ini bahagian ORTOPEDIK. Department yang menempatkan pesakit- pesakit yang sakit berkaitan tulang. Kalau setakat patah tangan dan dokter kate, x cucuk insulin pun x pe,- bukankah wajib ke atasnya berpuasa? Puasa bulan Ramadhan adalah wajib. Perkara wajib yang ditinggalkan adalah DOSA. Bukankah sebenarnya sakit Allah berikan kepada kita untuk menguji dan menghapuskan dosa kita? 

Sabda Rasulullah s.a.w:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu perkara yang menyedihkan saya adalah, sudah terang lagi bersuluh sign "TIDAK BOLEH MAKAN DAN MINUM" terpampang di katil pesakit, apa salahnya puasa je, dapat kurangkan sket jumlah yang kena ganti nanti. Ini tak, siap boleh makan dan minum lagi, walaupun fruits dan air masak. Astaghfirullah..

P/s: Saudara dan saudari, makan dan minun before operation boleh effect on your bius nanti. So beware!

Jika puasa pun tak buat, solat apatah lagi. Sepanjang seminggu saya di hospital, saya hanya nampak 2 orang sahaja patients yang solat. seorang pak cik dan seorang budak UPSR. hoho.. Saya kagum dengan budak 12 tahun tu (sambil tepuk tangan dengan kuasa 120 megawat).
Ok, itu apa yang saya nampaklah, mungkin ramai je lagi yang solat yang saya tak sempat saya usha. Husnuzon..husnuzon (bersangka baik).

Namun, Pak cik katil sebelah, buatkan saya tak mampu nak menahankan kehusnuzhon saya. Setiap kali time solat, tidak pernah kelihatan tanda2 untuknya untuk solat. Bila warisnya datang melawat, tidak pernah pula saya lihat dia berusaha untuk mengambil air kepada pesakit untuk dia berwudu'. Selepas berbuka, mostly waris pesakit berlumba-lumba nak pergi surau sebab surau boleh memuatkan seorang sahaja untuk satu-satu masa. One day, ketika saya sedang bersiap untuk bermarathon.hehe. kelihatan waris di katil sebelah masih menikmati juadah. Namun, hari itu saya terlambat sedikit solat kerana menunggu turn telekong. Setelah selesai, saya pulang ke katil, kelihatan waris di katil sebelah masih tak berganjak. Eh, tak pergi solat ke? terdetik di hati, kalau waris pun tak solat, pesakit apatah lagi.

Astaghfirullah.

Teringat kta-kata seorang ustaz :
" Sakit itu penawar. sakit itu akan dekatkan kita lagi kepada Allah.Bila kita sabar, dosa-dosa kita insyaallah akan gugur. Namun, bila sakit tu jauhkan lagi kita, maka itu adalah BALA.."

Astaghfirullah..

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (1:6-7)


wallahu'alam. Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment