Wednesday, December 28, 2011

muslimah sejatikah aku?




Bismillah...




Muslimah sejatikah aku kalau..
kat rumah:
 mak suruh sidai kain, kita asyik ngelak je,
 mak suruh masak, kita buat2 tidur sambil bedengkur..

Muslimah sejatikah aku kalau...
Kat Facebook tuh dok add2 ikhwah yg handsome je..
Kat twitter pun same.

Muslimah sejatikah aku kalau,
Belajar sekadar boleh je.. slalu dapat result paling teruk dalam kelas..
Bergosip time lecturer tengah ajar

Muslimah sejatikah aku kalau,
Depan akhawat, dialah perempuan paling ayu dan bertamadun, Paling banyak solat sunat,
Tapi belakang mereka, berani seh pegang2 siswa!

Muslimah Sejatikah aku kalau,
Depan ikhwah jalan tunduk sungguh dan penuh tata susila
Tapi depan siswa, jalan tergedik2 sambil usha macam nak tembus!

Muslimah sejatikah aku kalau,
sentiasa menjadi 1st top ranking orang terakhir datang ke meeting apatah lagi kelas,
 dan selalu tuang kelas.

Muslimah sejatikah aku kalau,
Baju kedut2 sebab MALAS nk iron,
Kasut sekolah kotor sungguh dengan alasan banyak homework nak buat..


Muslimah sejatikah aku, Muslimah sejatikah aku. :(

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat mazmumah ini!

Moga menjadi Muslimah sejati penyejuk hati keluarga..

Wallahu'alam

Friday, December 9, 2011

Exam Fever!!

Bismillah..

It's exam fever!!!
May Allah Helps Us..
GuD Luck everyone!

Monday, November 7, 2011

ITHAR.. bukan sekadar nama.




Bismillah.

Di sebuah sekolah di penuhi salji yang bersih lagi suci, kelihatan 2 orang best friend forever (bff) sedang berbual-bual selepas penat ice skiing selama 3 jam tanpa henti:

Ithar: Amin, tadi Ahmad kasi donut untuk kita berdua. Tau-tau je kita tengah lapaq. Tapi satu dah makan sikitla.Kau amek yang dah makan sikit ea..hehe
       
Amin: hmm...yelss.. :(

Pernahkah anda tahu apa itu Ithar? 
Ya betul!! Nama watak di atas. Tapi bukan itu yang saya maksudkan..hehe.


Ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita, bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri. Ithar is the highest level of ukhuwah.  Setinggi-tinggi ukuwah. Dan serendah-rendah ukhuwah adalah berbaik sangka dan berlapang dada.




Back to the story,  apa yang saya nampak Ithar bukanlah seorang yang Ithar seperti maksud namanya. Tidak mendahulukan kawannya walaupun dia juga kepenatan seperti kawannya. Apalah gunanya kata "u are my BFF" tapi susah untuk mengutamakan kawan.ish2


Kenapa Ithar menjadi the highest level of ukhuwah? Susah sangat ke nak dahulukan orang? 
Ya, memang susah. Susah sangat. Cuba ingat balik, perkara ini akan berlaku jika:


> lift sesak dan pintu lift di buka,anda akan masuk dulu, tinggalkan kawan anda dibelakang berasak-asak dengan orang lain, janji anda dapat masuk dulu. huu


> Di kantin, ada tinggal satu pinggan je, anda dan kawan anda tengah lapar syadid(sangat), anda akan ambil pinggan tu dulu. 'Aku peduli apa. Lapaq gila nih.' Dengan muka innocent, anda terus mengambil makanan meninggalkan kawan anda yang temangu-mangu tuh.


> Dalam train nak pergi berwindow shooping kat KLCC, anda dan your Bff terpaksa berdiri sebab train penuh. Tetiba, dengan rahmat tuhan, ada satu tempat kosong. Anda terus pergi ke arah itu dan duduk. Berasa bahagia sehingga terlupa kawan anda yang sedang berdiri tadi.


> Dalam kelas cikgu, pas-paskan hand-out, sampai giliran anda dan kawan anda  hand-out tak cukup dan anda terpaksa share dengan kawan. Di akhir kelas anda terus simpan kertas itu dan kata kepada kawan 
" nanti nk photostat beritau taw. Aku amek yang ini"


Jika perkara di atas anda pernah lakukan, sila beristighfar 100x. Lihat, bukan senang nak itharkan. Tahniah kepada anda yang tidak pernah melakukan perkara di atas! Teruskan usaha menjadi BFF terbaik untuk mengecapi syafaat-NYA nanti. 


HUrm..Saya dah cuba ithar, tapi tak leh gak. Camne nak berukhuwah dengan jayanya nih? argh!!
Jika tak mampu ithar, mulalah dengan berlapang dada dan berbaik snagka kepada kawan dulu, kerana itu adalah serendah-rendah ukhuwah. Tapi, perkara itu pun bukan perkara yang senang jugak kan? huhu.
Kenalah cuba, try, test. Sebab mana ada benda yang senang di dunia. Itu sebab siapa yang berukhuwah kerana Allah, maka dia akan mendapat naungan di akhirat nanti. Berukhuwah kerana Allah, perlulah ada sifat ithar. 


Hadam dalam hati. Ithar.Ithar.Ithar. 


Satu hari itu akan menjadi satu benda yang paling super cool dalam hidup anda. yeay!!


Tepuk dada tanya Iman.




Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.” (al-Hasyr: 9) 

May be blessed.
wallahu'alam

Friday, November 4, 2011

Precious Salamah Ibn Dinar Advice

Bismillah...

In last week " happy circle", my happy circle-mate had presented on story of taba'een. It's a good presentation. Really good. It really motivate me. Credit to her for present it.
 Haa, have you realize that taba'een story is a motivational story? If yes, thumb ups for you and if not, please go to the nearest bookshop to buy a taba'een book. :) Not many people realize on it. But seriously, taba'een stories really good to read if you want to motivate yourself. For duniawi and ukhrawi. Believe me.

What? Don't believe me?
Ok then. Have you heard on Salamah Ibn Dinar? His story really motivate me and make me really excited to know more stories on taba'een life.


Who's Salamah Ibn Dinar?


Salamah was a Muslim ascetic, jurist and narrator of hadith from the taba'een generation. 
Many of Salamah ibn Dinar's words of wisdom and advice for spiritual development have been recorded and contemplated by later generations of Muslims. 


Some of his word that I loved:
The goods of the Hereafter are a dead stock now, you should buy as much as you can of them because on the day when they are saleable you can't have anything of them.


Stymied


If you are satisfied from the life of this world (dunya) with what is sufficient for you, then the minimum is sufficient, But if you are not satisfied with what is sufficient, then nothing can satisfy you


Stymied again.


There was a time when a Khalifah went to seek for Salamah's advice.


And he asked:
Why people really afraid to die?


Salamah answerd:
Because we inhabit our world and destroy our hereafterFinally, we hate to let go our prosperity and move to destruction. 


Agree.


Best? :)


This is just a few of it. There're still a lot. 





You may find some other wisdom words here..
salamah's advice(malay)


salaf's quote

May helpful and motivate you..
MAY BE BLESSES
Wallahu'alam







Sunday, October 23, 2011

Hikmah- kat mana dia?




Bismillah,

Buletin Utama: "Bermula pada hari esok, kerajaan negara akan menetapkan cukai sebanyak 25% kepada semua barang di Malaysia'."

Haa, terkejut x? Mungkin kalau betul-betul perkara ini berlaku, sila anda terus toleh ke kanan, ke kiri, depan dan belakang- akan kelihatan semua orang sedang merungut tentang kenaikkan cukai itu. Teringat hari tu, ura-ura top-up akan di kenakan 6% cukai. Semua dah merungut macam ape je. Itu baru sikit. Belum 25% lagikan?

Ini baru satu, cube recall balik, berapa kali kita merungut dalam satu hari? sekali, dua kali, 2.4 kali, ke x leh kira dah...huhu
(terasa seperti kena simbah minyak panas goreng kopok leko? ..haha.. itu perkara baik)

Seriously, memang kita ordinary people nih memang kuat merungut. Bende kecik pun nak complain. Semua yang kita nak bila tak dapat, merungut. Tapi kita kene belajar sabar. KENA BELAJAR. Memang pelik, sabar pun kene ajar ke? Tapi itulah hakikat. Kalau kita tak tarbiyah (didik) diri kita , siapa lagi. Takkan nak tunggu ustaz datang umah ajar untuk sabar..kan..kan..kan?
I always get reminded about this by K.A. :) Jzk!
credit-a&H tumblr


Ada seorang sahabat menceritakan kisahnya yang sungguh tragis. Kalau saya in her shoes, dah sebaldi air mata kot. Memang sure2 saya akan patah balik. X mau teruskan. 
Masa tu, sahabat itu masih bekerja di sebuah syarikat di utara. Then, dia dapat surat tawaran masuk kolej. Tak tahu nak terima ke tak. Tapi selepas istikharah, dia pun teruskan. Mungkin dengan keputusan yang dia buat nih Allah akan tolong. Dengan redha dia pun melepaskan kerjanya yang sudah stabil tu dah teruskan journey to menara gading. But, sampai-sampai je dah ada masalah. Lepas satu, satu, bertimbun-timbun. Rasa menyesal timbul pada diri. Merungut. Bila iman tak kuat, mulalah dia fikir. Aku dah solat istikharah, tapi kenapa jadi macam nih..

Astagfirullah.

Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang sahabat kapadanya.
"Kena always remember, setiap kesulitan tu ada kesenangan. Dan setiap pekara tu ada hikmahnya. mungkin kita x nampak apa hikmanya, tapi ia ada di situ. Atau one day, awak akan nampak hikmahnya. Cepat atau lambat. Mesti banyak berdoa. Moga Allah permudahkan urusan. HE loves you so much to sebab Dia uji awak macam ni. Supaya awak lebih dekat kepadaNya, pray to Him"

Kerana segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui. For indeed He is the best planner of all. Ya Allah, Alhamdulilah…


(seperti terkena simbahan minyak panas sekali lagi, astaghfirullah)

Ya kita kene bersyukur dengan setiap detik yang kita lalui. Bersyukur ketika senang, bersyukur ketika susah. Setiap perkara ada hikmahnya. Cuma kita x perasan ja.


Hold on tight and never let go. InsyaAllah, ada cahaya menunggu di hadapanmu. (:"Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masaDiuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmatNya"
-mestica-


Banyakkan berdoa, susah atau senang,

“Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” <mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (al-Ahzab:17)

Sekarang, kelihatan sahabat tadi sangat gembira sekali. Pernah hari tu bertanya kepadanya. Dia menjawab : " Betullah, Allah dah nampakkan hikmanya kapada ana (saya). Sangat bersyukur, dan berasa sangat berdosa sebab dulu merungut dan x percaya qada' dan qadarnya"

Alhamdulillah.

Dan kita juga, mesti ada yang pernah di uji seperti itu, tiba-tiba problem datang bertimbun-timbun and buntu x tau buat apa. 

Moga dapat manfaat. Wallahu'alam.

Saturday, October 1, 2011

Alert!!:Anugerah Dekan




Bismillah...

Peringatan: Entry ini mungkin hanya sesuai kepada pembaca yang masih menuntut atau akan menuntut di menara gading atau yang bercita-cita dengah hati yang murni  untuk ke sana suatu hari nanti tidak kira samada di Tanah Melayu atau luar negara. Jika anda tidak tersenarai dalam kategori itu, x mengapa, anda masih boleh meneruskan bacaan untuk meluaskan pengetahuan am.

Bagaimana saya boleh all of sudden ingin menulis entri ini? Panjang kisahnya. Tapi apa yang boleh saya simpulkan adalah " saya terpukul bila tertenung senarai nama penerima anugerah dekan (AD) sem lepas yang panjang berjela". Yang terbaik sekali, hampir semua clasmate kesayangku tersenarai. Serius sentap.

Kalau dulu, ketika masih setahun jagung di universiti, word AD ini is something yang sangat gah di mata students. Siapa yang hold title AD ni dia sangatlah di sanjungi. Itu gifted je yag boleh. X pun budak skema yang menghadap buku 24/7. Mendapat GPA 3.5 ke atas adalah sesuatu yang menakjubkan. Terutama kepada students yang ambil course profesional.
Tapi, itu semua environment dulu. Once upon a time.

Sekarang, Anugerah dekan bukan untuk kebanggaan semata-mata. Tetapi ianya keperluan. Keperluan? How on earth...
Pernah ke anda perasan bahawa kadar pengagguran siswazah semakin meninggkat dari hari ke hari? Kerana terlalu ramai yang memohon pekerjaan, employers semestinya akan memilih yang terbaik untuk dijadikan employeenya. Dan ketika itulah sijil dekan diperlukan. Sangat diperlukan.

Tapi mesti ade anasir-anasir dari luar akan cakap: "Klo setakat pandai je tapi praktikalnye macam hempeh, x leh jugak. Kerja tu bukan semua teori.Perlukan skill."
Ya, memang semua bukan teori tapi. Tapi bukan ke orang yang pandai akan membahagikan masa. Memahirkan diri dalam teori dan praktikal.Sesungguhnya Islam juga mengajar kita untuk seimbang. Perkara ini bukan mustahil.

Ada suatu ketika, isu Dean's list ini dibahaskan dalam golongan yang tak berapa endah dengan DL ni.
> " Buat ape nak kejar DL sebab takot x dapat kerja. Banyak je keja kat luar tuh. Orang x de degree pun boleh dapat kerja apatah lagi kita.

Itu dia. Pandangan orang yang merasakan kepentingan DL hanya untuk kerja. Tapi, kita sebagai daie (pengajak orang kepada kebaikan) sangatlah digalakkan untuk mendapat DL agar ia jadi contoh dan  dorongan kepada mad'u ( orang yang di ajak menjadi baik) dan masyarakat di samping dapat mengelakkan fitnah kepada dakwah kita..
Tidaklah nanti orang kata " Cakap pasal agama pandai, tapi tiap-tiap sem balik-balik muka dia repeat, balik-balik dia. Ape kes camtu. Memalukan nama orang yang bawak agama je"
Naa, lihat, itu pandangan orang yang saya pernah dengar dahulu. Inilah yang dikatakan DL itu satu keperluan.

Besides, membuat parents bangga dengan kita adalah kewajiban, dan inilah salah satu sebab kenapa mendapat DL perlu bagi kita. adakah anda mahu dengar yang ini:

"Boboy, anak kawan mummy semua grad  lepas 3 tahun, tapi you,dah 5 years dah habis-habis lagi. Nih baru diploma, belum degree lagi.. apa nak jadi dengan you nih.. (buat muke sedih yang teramat sambil air mata menitis-nitis)."

atau yang ini:
" Senah, hang tau dak, anak aku yang bongsu tuh, setiap tahun dapat hadiah kat universiti dia. Dia kata sapa dapat hadiah macam dia setiap sem, nanti dapat biasiswa untuk sambung blaja lagi. Sejuk perut aku mengandungkan dia. Alhamdulillah" (senyum sampai nampak gigi graham)

Sila buat pilihan yang tepat.

See, penting bukan anugerah dekan? mungkin anda dapat mencari sebab lain kenapa perlukannya. Jangan takut dan gentar. Allah bersama kamu. Banyakkan doa yang paling penting. Tidak kisah berdoa dalam, bentuk solat (solat hajat) @ dalam hati, atau lisan. Sebab takdir Allah yang tentukan. Hanya doa yang boleh menukar takdir. Betulkan? betulkan jika saya salah.

Bagi yang rasa dia lambat sedikit pick-up atau terlalu busy dengan club, kene work hard lebih sikit. Determination itu penting. Serious. Saya dah cuba. Semua orang boleh jadi pandai. Saya pernah lihat dan telah menjadikan dia sumber inspirasi, tokoh itu setiap sem dapat DL disamping dia memegang position, dalam MPP and beberapa Clubs. Serious super hebat. Nak kata gifted, SPM dulu dia dapat average je. apa yang penting DETERMINATION dan DOA. Ulang skali lagi,DETERMINATION dan DOA.

Selamat mencuba and gud luck! Saya tunggu result anda. Peace!!

Wallahu'alam.
*Mohon betulkan jika terdapat kesilapan

Saturday, September 17, 2011

Look, the time left us behind!

Bismilah...

Learn Thai time


Suatu hari, sedang berwindow shopping di sebuah shopping complex, abruptly terjumpa seorang senior kat alma meter dulu..

Senior: Hey awak, long time no see! dah besar dah... Erm nama siapa ye.. lupe?

Junior:  Nurheleezalah kak.

Senior: Sory-sory dah lama x jumpa, lupa dah. eh awk dah masuk kolej blom?

Junior: Sah dah lama x jumpa. Dah la kak. Dah degree dah pun. (muke bangga)

Senior: Time passes too fast. In the twinkling of an eye.. huhu..

Time = Life, Therefore, waste your time and waste of your life, or master your time and master your life. -Alan Lakien-

May be blessed.

Wallahu'alam

Tuesday, August 30, 2011

Sakit itu PENGHAPUS @ PENAMBAH dosa?

Bismillah..

Alhamdulillah, masih Allah kurniakan hidup ini untuk bertemu Syawal lagi bagi menyambut kemenangan selepas berjaya mengcontrol nafsu di bulan Ramadhan.

Farewell Ramadhan. Moga jumpa lagi Tahun depan.

Ramadhan yang lepas banyak memberi pengajaran. Ya, pengajaran yang tiada bandingannya. Terutama my 1st ever experience berbuka dan moreh di hospital. Bahagian ortopedik lelaki. Sebelum tuh, betulkan fikiran anda bahawa saya bukan berpractical atau bekerja di sana. Hanya sebagai pelawat dan penganalisis behavior (kerja tambahan :P). Sepanjang seminggu di sana, conclusion yang saya dapat daripada inference dan hypothesis yang saya buat, saya mendapati bahawa
" Ramai yang kantoi PUASA apatah lagi SOLAT!!"
Serious!! x tipu oo!! Mungkin ramai yang akan kata "orang sakit, kan ade yang Dokter x kasi pose" kan? kan? kan?
Ya, itu saya tak nafikan. Tapi, saya ingatkan kembali- ini bahagian ORTOPEDIK. Department yang menempatkan pesakit- pesakit yang sakit berkaitan tulang. Kalau setakat patah tangan dan dokter kate, x cucuk insulin pun x pe,- bukankah wajib ke atasnya berpuasa? Puasa bulan Ramadhan adalah wajib. Perkara wajib yang ditinggalkan adalah DOSA. Bukankah sebenarnya sakit Allah berikan kepada kita untuk menguji dan menghapuskan dosa kita? 

Sabda Rasulullah s.a.w:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Satu perkara yang menyedihkan saya adalah, sudah terang lagi bersuluh sign "TIDAK BOLEH MAKAN DAN MINUM" terpampang di katil pesakit, apa salahnya puasa je, dapat kurangkan sket jumlah yang kena ganti nanti. Ini tak, siap boleh makan dan minum lagi, walaupun fruits dan air masak. Astaghfirullah..

P/s: Saudara dan saudari, makan dan minun before operation boleh effect on your bius nanti. So beware!

Jika puasa pun tak buat, solat apatah lagi. Sepanjang seminggu saya di hospital, saya hanya nampak 2 orang sahaja patients yang solat. seorang pak cik dan seorang budak UPSR. hoho.. Saya kagum dengan budak 12 tahun tu (sambil tepuk tangan dengan kuasa 120 megawat).
Ok, itu apa yang saya nampaklah, mungkin ramai je lagi yang solat yang saya tak sempat saya usha. Husnuzon..husnuzon (bersangka baik).

Namun, Pak cik katil sebelah, buatkan saya tak mampu nak menahankan kehusnuzhon saya. Setiap kali time solat, tidak pernah kelihatan tanda2 untuknya untuk solat. Bila warisnya datang melawat, tidak pernah pula saya lihat dia berusaha untuk mengambil air kepada pesakit untuk dia berwudu'. Selepas berbuka, mostly waris pesakit berlumba-lumba nak pergi surau sebab surau boleh memuatkan seorang sahaja untuk satu-satu masa. One day, ketika saya sedang bersiap untuk bermarathon.hehe. kelihatan waris di katil sebelah masih menikmati juadah. Namun, hari itu saya terlambat sedikit solat kerana menunggu turn telekong. Setelah selesai, saya pulang ke katil, kelihatan waris di katil sebelah masih tak berganjak. Eh, tak pergi solat ke? terdetik di hati, kalau waris pun tak solat, pesakit apatah lagi.

Astaghfirullah.

Teringat kta-kata seorang ustaz :
" Sakit itu penawar. sakit itu akan dekatkan kita lagi kepada Allah.Bila kita sabar, dosa-dosa kita insyaallah akan gugur. Namun, bila sakit tu jauhkan lagi kita, maka itu adalah BALA.."

Astaghfirullah..

Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (1:6-7)


wallahu'alam. Moga bermanfaat.


Wednesday, August 17, 2011

Madah Shophaholic

Bismillah...

Kelihatan ada dua orang gadis sedang bejalan-jalan di Petaling Street  i-Setan KLCC sambil menjinjing beg plastik yang lebih daripada 6.

Sofea: Ju, dah banyak dah kita shopping nih, x rasa membazir ke?

Julia: X.  (sambil muka innocent). Rezeki lebih. Lagipun kita kenalah ikut zaman. Baju kena ikut fashion. I punya baju semua dah OUTDATED. huhu

Sofea: Aish.. (muke serius).. Kalau ye pon, x payah la banyak sangat.Save la sikit untuk masa hadapan. You tahu x kalau kita beli banyak sangat nih satu pembaziran? Membazir tu amalan syaitan. Nak ke jadi kawan syaitan?

Julia: Mestilah x mau! Tapikan, tahu tak kenapa setiap bulan Ramadhan atau x kisahlah bulan apa ada ramai orang menderma baju, sampai tak muat lori yang nak hantar untuk di agihkan kepada orang miskin?

Sofea: Apa kaitan dengan perbualan kita? Ish2. x pe lah, from my point of view, of course la sebab hati mereka sungguh suci, sungguh murni sampai nak dermakan pakaian mereka. Kebanyakan I tengok lawa-lawa belaka. Pelik juga, diorang x sayang barang ke?

Julia: haha. Betul Jawapan you tuh. But, tak dapat full mark lagi. Sebetulnya, sebab ramai antara mereka orang seperti I. Gila shopping. Pakai sat je pon. Daripada buang  baik bagi mereka yang memerlukan. Then mereka pun happy. Bukankah itu satu kitaran hidup yang sihat?

Sofea: erm.. kalau dah shophaholic tu.. shopaholic jugak.. (-_-)

* Ini adalah salah satu reality. Bukan semua begini. Harap dapat memahami.
read and heed. moga bermanfaat.
wallahu'alam

Tuesday, August 9, 2011

Kaulah yang bersalah!!!

Bismillah,

Sambil berehat-rehat di atas kerusi yang empuk (melepaskan lelah selepas bekerja seharian suntuk), tangan tiba-tiba tergatal pulak untuk switch on TV setelah sekian lama tak terbuka. huhu. Tanpa terduga- muncul wajah Anna Althafunnisa dan Khoirul Azam. Wow, ketika cinta bertasbih the serieslah! maju2. Tapi, bukan kerana cerita itu itself yang menerujakan saya untuk menonton. Kebetulan time itu, part dihospital di mana seorang Kyia sedang terbaring lesu di atas katil menunggu masa untuk bertemu Tuhannya. Dia dikelilingi oleh beberapa orang yang wajahnya terpancar sinar keimanan.(maklumat tambahan..hehe). Dalam keadaan tidak bermaya, Kyai itu sempat berpesan berwasiat:

" Janganlah kamu berpacah belah, kerana ia akan merosakkanmu"

Lebih kuranglah begitula ayatnya. Ada panjang lagi wasiatnya, tapi yang ini yang memberi kesan kepada saya.  
Kenapa?
Sebab, percaya atau tidak, kesepaduan suatu organisasi itu sangat memberi kesan kepada umat, rakyat, masyarakat @ seumpamanya kini dan akan datang. Serius! Perkara ini sudah berlaku di depan mata. Mungkin ANDA  juga dah  merasainya. 

Solidarity is the most for everyone


Pernah once upon a time sewaktu di universiti dahulu, dalam sebuah meeting yang kononnya diadakan sebagai post moterm, word "KAULAH YANG BERSALAH" sangatla di agung-agungkan, menunding jari menjadi habit dan sifat ketegaq sentiasa di amalkan , dan akhirnya tidak ada kepersepakatan akan berlaku. Pencatit minit terpaksa menukar tajuk meeting dari POST MORTEM kepada SALAH-MENYALAH SESSION.  Aktiviti-aktiviti akan datang surely akan hancur sebab semua dok dendam sana dendam sini. Ahli organisasi yang menjadi pemerhati kehormat yang akan menjadi mangsa. Bukan mereka sahaja, ahli kelab juga menjadi mangsa tambahan sebab aktiviti mereka tidak bejalan lancar. Kesannya bukan berhenti di situ sahaja. Apabila aktiviti persatuan tidak di jalankan, persatuan itu dilabel persatuan boring dan x best. Semester akan datang surely ramai ahli cabut except yang dah bayar yuran untuk setahun. Dan bilamana tidak ada ramai ahli, kemungkinan besar persatuan itu akan dibubarkan. Sangat kesian kepada the founder dan para pioneer organisasi persatuan itu. Penat lelah mereka di bayar dengan pengbubaran persatuan yang mereka bina oleh new generation...
Haa.. nampakkan imapak yang besar yang akan berlaku jika diada kasatuan dan perpaduan dalam organisasi?

Itu baru organisaisi di universiti. Bagaimana pula organisasi yang mentadbir negara? 


Mungkin ramai yang memandang enteng atau tidak pernah terfikir hal ini terutama manusia-manusia yang malas nak join mana-mana organisasi. Tapi percayalah, perkara ini sangat penting.

Allah juga telah berfirman:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103} 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk”

Thus, apa tindakan kita untuk bersatu patu?
Tidak payah susah2 fikir, the most important are: Kita, x kesahlah sebagai ketua atau apa, jangan bercakap terlalu banyak tapi praktiknya x de. Also, jangan tunjuk pandai sampai x mau dengar pendapat orang. Asyik dia je nak menang, mane boleh macamtu walaupun dia seorang ketua. Syura itu penting. selain tu, sesama ahli dalam organisasi perlu bermuafakat untuk capai hadaf (muafakat).

Semoga sampai apa yang nak di sampaikan.

Moga memberi manfaat.
Wallahu'alam.












Friday, July 29, 2011

Ramadhan Fiesta... From another perspective

Bismillah...




Alhamdulliah, lagi beberapa hari kita akan menyambut RAMADHAN . Insyaallah. Happy?
Erm.. Maybe some of  us will welcoming RAMADHAN jubilantly with starting Qiamullail everyday or "puasa Sunat", but some of us will keep grumbling here and there.. " kene pose sebulan man.. pergh lama seh...".

So, anda pula bagaimana?
Hanya menganggap Ramadhan sebagai satu obligation yang kene buat setiap tahun atau puasa sekadar tiket untuk menyambut Eid Mubarak sebab nenek gertak dulu siapa yang x pose x boleh raya..hahaha.

Dari sudut hati kita, pernahkan kita melihat bahawa RAMADHAN adalah sebuah anugerah daripada Allah bukan hanya perintah semata-mata?

Pernahkah kita berfikir kenapa rasanya Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan lagi tahun ini?

Naa, itu mungkin kerana kita masih banyak dosa dan amalan kita yang sedikit. Bulan inilah di mana kita boleh merebut peluang menambahkan amalan agar menjadi bekalan di akhirat nanti. Apatah lagi ganjarannya yang di lipat ganda.

Bulan Ramadhan bukan hanya setakat kena berpuasa penuh sahaja. Semua orang patut tahu itu. Bulan ini juga banyak sunnah Rasulullah yang boleh kita ikuti. Specialnya sunnah Rasulullah hanya ada pada bulan Ramadhan sahaja. Rugi jika tidak mencontohinya. Best bukan?

Erm.. Apa sunnahnya?
-Bersahur( sahur hanya sunat pada bulan ramadhan sahaja):
 Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Ketika sahur:
- Ambil wudu' sebelum bersahur.
- Qiam dulu baru sahur
- Kejut family dan bersahur bersama.
- Tidak tidur selepas sahur.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit t berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw.
kemudian kami bangkit untuk menunaikan shalat ( Shubuh ). saya berkata : Berapa saat jarak
antara keduanya ( antara waktu sahur
dan waktu Shubuh )?Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. ( H.R : Al-Bukhary
dan Muslim )



- Bersahur dengan date.
" Senikmat-nikmat sahur orang yang berpuasa adalah tamar"

Kalau iftar:

  • Berbuka puasa dengan date. Jika tiada date gantikan dengan air sejuk :P

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Apabila
salah seorang diantara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma
hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. ( H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)
 Apa hikmahnya berbuka dengan kurma? sebab... itu makanan orang susah. Kita dapat merasakan sekali kesusahan orang susah.
  • Berdoa sebelum dan selepas berbuka.
" Antara waktu doa mustajab ialah berdoa di hadapan makanan ketika menunggu waktu berbuka"

  • Berpuka puasa dangan makanan yang ringan dulu, kemudian selepas solat maghrib barulah makan makanan yang lebih berat. Hikmahnya, supaya tidak senak perut atau mungkin mengelakkan orang tersungguk-sungguk time solat sebab terlalu kenyang. Betul x?
Ya.. itu adalah antara sunnah rasulullah yang digalakkan untuk kita ikut.

Selain itu, pernah tak kita perasan kenapa sebenarnya orang berlumba-lumba bertadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan? Adakah ia sebagai "culture" bulan ramadhan atau sebab atuk paksa ikut tadarus kat masjid?


credit to karyawan.org

haa.. Dengan tadarus, ia akan memudahkan kita dan menambahkan pahala kita. Di bulan ramadhan pahala membaca setiap huruf dalam Al-Quran dilipat gandakan 10 lipat ganda. Dan orang yang mendengar bacaan Al-Quran mendapat sama pahala dengan orang yang membaca Al-Quran. Bertadarus, jika kita penat orang sebelah kita akan continue our bacaan. Walaupun begitu kita dapat pahala yang sama dengannya. Wow. Amazing!

Senang bukan ? Dan banyak lagi amalan yang boleh di lakukan di Bulan Ramadhan. Jangan sia-siakan dan memandang enteng dengan Ramadhan. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir kita. Serius! kita x tahu bila kita di ambil-Nya. Kalau di beri peluang orang yang di dalam Kubur hidup kembali, mesti diorang tak akan sia-siakan Ramadhan ini. BETUL!

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Semoga mendapat pengajaran. Wallhu'alam.

Ramadhan 1432H


Wednesday, July 6, 2011

Man..this is OUR REALITY!!

Bismillah...

Ini direaliti di Malaysia. Tak jauh pun, kat sini je. Benda yang mungkin kita overlooked barangkali yang SANGAT memberi kesan kepada aqidah umat Islam...

SCENE 1:
Emcee: Hadirin di minta untuk bangun sewaktu ketibaan pengantin untuk bersama-sama berselawat dan sebagai menghormati pengantin.


Guest: Wah, ade selawatlah! mesti bride and groom dia islamic.. hehe


Setibanya pengantin (while semua hadirin berselawat)

Guest: eh, seksinya pengantin! seksi + selawat = sesuai ke majlis camni? #_#? (sambil muka terkejut)


SCENE 2:
Shopping complex
Hamba Allah: Dah masuk waktu nih, baik solat awal, kang dah shopping terlepas waktu pulak.


Dalam surau shopping complex
Anak muda: Mak cik, rambut mak cik terkeluar, nanti tak sah solat.
Mak cik     : Oh terima kasih dik.
Hamba Allah: Bagusnya anak muda ni, sangat menjaga aurat. solat awal waktu lagi.. hebat2 :)


Lepas solat
Hamba Allah:  ish, ape budak zaman sekarang nih,berani masuk surau pakai short. Eh, tuh bukan anak muda yang bagus tadi ke? awatnya time solat ja jaga aurat? Bukan aurat solat sama ke dengan aurat kat luaq?!?! (pening2)




SCENE 3:
Sakinah : Amal, hang ada novel x? Hang punya novel semua islamikkan? pinjam sat. tengan boring nih..

Amal: Ada. Tapi x mau kasi hang bacala. Iman aku pun goyah time baca tuh. Ade ke patut awal2 tuh skitnye baik describe perempuannya, pakai tudung labuh baik. Tapi tiba-tiba ade one part tuh, that perempuan gi jumpa bomoh sebab suka kat seorang lelaki.. boleh ke camtu?

Sakinah: Pergh... !!! dah syirik tuh.. bahaya kalau orang tak kuat iman baca...mungkin penulis tu nak beritau realiti sekarang kot.


SCENE 4 :
Ahmad : Ali, Tengok citer ape tu? Layan pulak citer melayu...

Ali: Ntahla, tapi citer pasal sorang ustaz nih baru balik blaja dari timur tengah.

Ahmad: Nih kene ustaznya? Kenape dia pegang-pegang perempuan tuh? siap tenung lagi. Camni ke ustaz?

Ali: Entahla.. Nanti semua orang ingat boleh je pegang perempuan sebab ustaz pun pegang perempuan.

Ahmad: *speechless

Scene 5:
Di sebuah rumah flat kat KL

Mak: Zul!!! Bangulah! tula, keluar lagi mlm, siang tido macam x nak bangun nih. Dengan botol arak bersepahnye! Mak pun minum gak. Tapi sebab kerja nk cari untuk koranglah. Ni ape pulak nih? Ko buat dengan sape pulak nih. Kang mengandung anak orang. Mak x pernah ajar ko buat maksiat.

Zul: Mak nih membebel je. X ajar mak kate.. Yang mak keje kat pub tuh bukan maksiat ke?

Mak: Argh!!!



Dan  masih banyak scene lagi yang tak sempat nak rakam.. Petanda akhir zaman.
Astaghfirullah...

Peringatan to all mankind:

O ye who believe! Enter into Islam whole-heartedly; and follow not


 the footsteps of the evil one; for he is to you an avowed enemy

(Albaqarah:208)

Peringatan untuk diri dan yang lain.
* name watak rekaan semata-mata
May be blessed :)



Sunday, June 5, 2011

cherish your life in dunya




Bismillah...

Sometimes, sitting alone will bring us thinking out of proportion unconsciously.  kan? All those quaint things can suddenly emerge on your mind screen. I did it too. Once, i thought- how can i grow up so fast? Feels like was born yesterday..huhu

1992



View Image
2011


I bet 90%  of people do not realise that they already grown up! T'hat's why we can see old  adult acting like a teenager. Accepted assumption huh?  or you can flashback on your 20th birthday- what did you think on 00:00 am that day? "It's my birthday again. Eh, am I 20 today? next year dah boleh mengundi...old"... time running so fast.
how come 20 years= 7300 days=175200 hours=10512000 minutes become too short?

let's see the time line.
1991: Doctor: " congratulation sir, you got a cute baby girl!"
          Abouji: Alhamdulillah!!!
1992: Still a mere kid that cannot remember or understand anything. Or  you did? *sceptical

1993-1994: We did a lot of stuffs but can't remember it. Maybe a little of them.

1995: Went to kindergarten.Playing, Fighting, studying (seriously study?). *wink

1998: Went to primary school.. The most enjoying life. Started a business by selling stickers to friends..hehe

2003: It's senior year. Although they just 12, they acting like a mature person and started to "usha" aulad. haha. and then someone had issued a statement: " Amboi, UPSR pun x lepas lagi, ade hati nak ada buah hati.. you still got a long journey to go la.. PMR, SPM, Uni.."

2006: Struggling for PMR. Once my friend said " Don't you think that we wasting our times for 3 years studying PMR subject if we don't get 9 A's?  We only will be tested for 5 days for what we had learn."

2008: Faced another important exams. Don't you think we were having exam oriented system? huhu.. Somehow, you must do it well if you dreaming to continue study in university. :)

2009: Eh, result SPM dah keluar? cepatnye. And University life started. Although we hold the title of "mahasiswa", obviously, some of them can't adapt it. They still, quarrel one another, clique,selfish. aiya.

2011: More mature than before. Pondering "UPSR, PMR,SPM- pass it already. Currently in uni.. erm.. berjuang untuk mendapat kejayaan dalam MEDAN ITU.Also tunggu nk dpt ANC je...hehe (amin.) Tp Kalu x sempat camne? eh, kalu meninggal suddenly pulak? enough dah ke amalan. Sumbangan to Ad-deen? Dah selesai ke TANGGUNGJAWAB kita dalam MEDAN ITU?
ponder and heed.

It's look like that we have gone through a lot of things. But how many of them will help us in the hereafter?
How limited is our life and how can we really be sure that we will live until tomorrow.
Wake up from your long sleep! (this command is intended to my own self )


Time will keep moving although your watch running out of battery. Don't make time left us behind. Nothing will change if we don't take step ahead. Success or failure of an individual based on how they manage their time. Good time management = every second is meaningful = book a ticket to Jannah.
" O you who have attained to faith! If you help [ the cause of ] God , He will help you, and will make firm your steps"  47:7
Bad time management = wasting a lot of times = miserable life = regret for the whole life.

"In Falsehood will they be Until, when death comes to one of them, he says: “O my Lord! send me back (to life),- In order that I may work righteousness in the things I neglected.” By no means! It is but a word he says. Before them is a Partition till the Day they are raised up." (23:99-100)
Takotnya!!


Try to work ALL OUT.

So let us strive to make the best of each second of our lives to ensure that each second is spent on pleasing Allah and each second that we waste on that which will not benefit us in the hereafter will be seconds that are wasted and seconds that we will regret FOREVER!

And Allah knows best in all matters. 

Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang lurus!


(utk diri sendiri dan rest)

Wallahu'alam

Saturday, May 21, 2011

Jauh Perjalanan Luas Kepeningan 2





Bismillah...



After 2 years holding status P, now we will be installed with full licence. Alhamdulillah. Driving with full of arrogant while passing through car with P sticker.(Astaghfirullah). But, it does'nt mean that we are an expert and guaranteed to be safe in our journey. That is why a lot of accident occur although they holded full D licence for many year.


Adaptation on true story ( i think so)- on experience of a car passenger.


Saturday.
Reason to drive: Attending a programme
Before leave:
Auntie Afra': Kakak, although u get your licence, but i'm still doubting you. You drive quite dangerous sometimes and never memorize the way. Give the key to your Kak Ika. Let her drive.
Kakak        : Yela mak :(


In the car:
Kak Ika: Eh, it should be me sitting at the driver sit.
Kaka    :  It's okay. Let me drive. Don't underestimate my ability...hehe
Kak Ika: *sigh


On the way:
Kakak: Kak ika, where is the best way to go to the place? erm, i just want to make sure that we arrive on time. hehe (hiding weakness) 
Kak Ika: *sigh again. Let us try together.


few minutes later: 
Kakak: We have lost here before. Remember this way? 
Kak Ika: Of course I do. But, where should we go? ( innocent face)
Kakak   : Aish..


In short- there were many times, nearly crashed, astray. tiresome. You can't feel it until you get in their shoes. huhu. (the rest is history)



Arrive:
Kakak: This is a nightmare. Seriously.. I won't driving again until I get my own car!! 
Kak Ika: haha.. . Don't really afraid. We safe now. haha


Moral of the story:
- obey your parents.
- If you not sure where to go  + KK- drive slowly.
- Passenger, give instruction (base on signboard), 5 minutes before reach the junction.  whether to go left or right.
-make sure your car center
-Then? -think-


read and heed.. (especially for those that understand and has gone through this)  hehe
Drive safely.
Sorry for this messy words.


Wallahu'alam



















Saturday, May 14, 2011

Give yourself a chance!!

Bismillah,


Praise be to Allah. We ask His forgiveness and seek refuge in Him from the evils of our souls and the mischief of our deeds. Whomever Allah guides will never be misled by anyone else, and whoever Allah misleads will never be guided by anyone else. Give yourself a chance to be guided by Allah. Hidayah will not come to you. But you must seek for it. Give yourself a chance to be qualified to enter jannah Firdausi. Don't let yourself  falling away.

If you want to be saved in hereafter, please help yourself. Work hard to be good. Let us help one another.
Everyone has opportunity to enter jannah. Don't fall again. We must try. Let's be good.

May Allah bless.

Untuk peringatan diri. Wallahua'lam.


Am I munafik?

Bismillah

Mengimbas kembali tajuk daurah kelmarin. "keep promise". Secara zahirnya nampak seperti mudah untuk menepati janji- berjanji dan tunaikan. Senang bukan. Namun, hakikatnya tidak. Pepatah melayu sendiri ada menyebut, " sedangkan lidah tidak bertulang".

Menapati janji hukumnya wajib syari'e. Tapi ramai yang take for granted tentang perkara ini.  Bak kata mereka yang hadir ketika itu "ala, faham2 je lah, janji melayu". Takut mendengarnya.Aku melayu. Adakah aku tergolong dalam orang yang x menepati janji? Astaghfirullah.

"Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat." (An-nahl:91)




Astaghfirullah. 


Menambahkan kegerunan lagi..
Sabda Rasulullah s.a.w: 
" Ads 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang MUNAFIK tulen. Sesiapa yang melakukan 1 daripada 4 perkara itu, maka ia mempunyaisalah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (4 sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang yang basah)"


Riwayat Ahmad


Astaghfirullah.


Ada 3 jenis Janji:


1) Janji kepada Allah
2) Janji sesama manusia
3) Janji kepada diri sendiri.


Sudahkah kita penuhi janji? Think.


Kalau kita lupa macam mana?
Ada 4 situasi dimana, bila kita berjanji, kita tidak berdosa jika tidak tunaikan. 
1) Bila kita berjanji tapi kita terlupa. (sangat2 lupa).
2) Dipaksa berjanji
3)Janji untuk melakukan perkara yang haram
4) Ada unpredictable situation berlaku yang menghalang kita menunaikan jani.


Sewaktu Q n A, ada 1 question yang menarik perhatian:
" Pak cik, Is it promise akan berlaku jika we used word "promise" dalam percakapan kita @ ada word lain yang boleh membuatkan kita berjanji?"


- " good question. Come back to the meaning of promise itself. Promise is when we say something, people will expect something return from us. "  Tak kisah guna word apa pun..


See. Walaupun kita menggunakan word " ok. i'll do it" , ia dikira kita berjanji. Memberi harapan kepada orang, itu janji.


Astaghfirullah. Mudahnya untuk berjanji...


Thus, berhati-hati dalam berkata. Jauhi dari sifat munafik. Renung dan fahami.


May Allah bless.
Wallahua'lam.