Sunday, October 23, 2011

Hikmah- kat mana dia?




Bismillah,

Buletin Utama: "Bermula pada hari esok, kerajaan negara akan menetapkan cukai sebanyak 25% kepada semua barang di Malaysia'."

Haa, terkejut x? Mungkin kalau betul-betul perkara ini berlaku, sila anda terus toleh ke kanan, ke kiri, depan dan belakang- akan kelihatan semua orang sedang merungut tentang kenaikkan cukai itu. Teringat hari tu, ura-ura top-up akan di kenakan 6% cukai. Semua dah merungut macam ape je. Itu baru sikit. Belum 25% lagikan?

Ini baru satu, cube recall balik, berapa kali kita merungut dalam satu hari? sekali, dua kali, 2.4 kali, ke x leh kira dah...huhu
(terasa seperti kena simbah minyak panas goreng kopok leko? ..haha.. itu perkara baik)

Seriously, memang kita ordinary people nih memang kuat merungut. Bende kecik pun nak complain. Semua yang kita nak bila tak dapat, merungut. Tapi kita kene belajar sabar. KENA BELAJAR. Memang pelik, sabar pun kene ajar ke? Tapi itulah hakikat. Kalau kita tak tarbiyah (didik) diri kita , siapa lagi. Takkan nak tunggu ustaz datang umah ajar untuk sabar..kan..kan..kan?
I always get reminded about this by K.A. :) Jzk!
credit-a&H tumblr


Ada seorang sahabat menceritakan kisahnya yang sungguh tragis. Kalau saya in her shoes, dah sebaldi air mata kot. Memang sure2 saya akan patah balik. X mau teruskan. 
Masa tu, sahabat itu masih bekerja di sebuah syarikat di utara. Then, dia dapat surat tawaran masuk kolej. Tak tahu nak terima ke tak. Tapi selepas istikharah, dia pun teruskan. Mungkin dengan keputusan yang dia buat nih Allah akan tolong. Dengan redha dia pun melepaskan kerjanya yang sudah stabil tu dah teruskan journey to menara gading. But, sampai-sampai je dah ada masalah. Lepas satu, satu, bertimbun-timbun. Rasa menyesal timbul pada diri. Merungut. Bila iman tak kuat, mulalah dia fikir. Aku dah solat istikharah, tapi kenapa jadi macam nih..

Astagfirullah.

Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang sahabat kapadanya.
"Kena always remember, setiap kesulitan tu ada kesenangan. Dan setiap pekara tu ada hikmahnya. mungkin kita x nampak apa hikmanya, tapi ia ada di situ. Atau one day, awak akan nampak hikmahnya. Cepat atau lambat. Mesti banyak berdoa. Moga Allah permudahkan urusan. HE loves you so much to sebab Dia uji awak macam ni. Supaya awak lebih dekat kepadaNya, pray to Him"

Kerana segala yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui. For indeed He is the best planner of all. Ya Allah, Alhamdulilah…


(seperti terkena simbahan minyak panas sekali lagi, astaghfirullah)

Ya kita kene bersyukur dengan setiap detik yang kita lalui. Bersyukur ketika senang, bersyukur ketika susah. Setiap perkara ada hikmahnya. Cuma kita x perasan ja.


Hold on tight and never let go. InsyaAllah, ada cahaya menunggu di hadapanmu. (:"Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masaDiuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmatNya"
-mestica-


Banyakkan berdoa, susah atau senang,

“Katakanlah, “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (ketentuan) Allah jika Dia "mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” <mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (al-Ahzab:17)

Sekarang, kelihatan sahabat tadi sangat gembira sekali. Pernah hari tu bertanya kepadanya. Dia menjawab : " Betullah, Allah dah nampakkan hikmanya kapada ana (saya). Sangat bersyukur, dan berasa sangat berdosa sebab dulu merungut dan x percaya qada' dan qadarnya"

Alhamdulillah.

Dan kita juga, mesti ada yang pernah di uji seperti itu, tiba-tiba problem datang bertimbun-timbun and buntu x tau buat apa. 

Moga dapat manfaat. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment