Saturday, October 1, 2011

Alert!!:Anugerah Dekan




Bismillah...

Peringatan: Entry ini mungkin hanya sesuai kepada pembaca yang masih menuntut atau akan menuntut di menara gading atau yang bercita-cita dengah hati yang murni  untuk ke sana suatu hari nanti tidak kira samada di Tanah Melayu atau luar negara. Jika anda tidak tersenarai dalam kategori itu, x mengapa, anda masih boleh meneruskan bacaan untuk meluaskan pengetahuan am.

Bagaimana saya boleh all of sudden ingin menulis entri ini? Panjang kisahnya. Tapi apa yang boleh saya simpulkan adalah " saya terpukul bila tertenung senarai nama penerima anugerah dekan (AD) sem lepas yang panjang berjela". Yang terbaik sekali, hampir semua clasmate kesayangku tersenarai. Serius sentap.

Kalau dulu, ketika masih setahun jagung di universiti, word AD ini is something yang sangat gah di mata students. Siapa yang hold title AD ni dia sangatlah di sanjungi. Itu gifted je yag boleh. X pun budak skema yang menghadap buku 24/7. Mendapat GPA 3.5 ke atas adalah sesuatu yang menakjubkan. Terutama kepada students yang ambil course profesional.
Tapi, itu semua environment dulu. Once upon a time.

Sekarang, Anugerah dekan bukan untuk kebanggaan semata-mata. Tetapi ianya keperluan. Keperluan? How on earth...
Pernah ke anda perasan bahawa kadar pengagguran siswazah semakin meninggkat dari hari ke hari? Kerana terlalu ramai yang memohon pekerjaan, employers semestinya akan memilih yang terbaik untuk dijadikan employeenya. Dan ketika itulah sijil dekan diperlukan. Sangat diperlukan.

Tapi mesti ade anasir-anasir dari luar akan cakap: "Klo setakat pandai je tapi praktikalnye macam hempeh, x leh jugak. Kerja tu bukan semua teori.Perlukan skill."
Ya, memang semua bukan teori tapi. Tapi bukan ke orang yang pandai akan membahagikan masa. Memahirkan diri dalam teori dan praktikal.Sesungguhnya Islam juga mengajar kita untuk seimbang. Perkara ini bukan mustahil.

Ada suatu ketika, isu Dean's list ini dibahaskan dalam golongan yang tak berapa endah dengan DL ni.
> " Buat ape nak kejar DL sebab takot x dapat kerja. Banyak je keja kat luar tuh. Orang x de degree pun boleh dapat kerja apatah lagi kita.

Itu dia. Pandangan orang yang merasakan kepentingan DL hanya untuk kerja. Tapi, kita sebagai daie (pengajak orang kepada kebaikan) sangatlah digalakkan untuk mendapat DL agar ia jadi contoh dan  dorongan kepada mad'u ( orang yang di ajak menjadi baik) dan masyarakat di samping dapat mengelakkan fitnah kepada dakwah kita..
Tidaklah nanti orang kata " Cakap pasal agama pandai, tapi tiap-tiap sem balik-balik muka dia repeat, balik-balik dia. Ape kes camtu. Memalukan nama orang yang bawak agama je"
Naa, lihat, itu pandangan orang yang saya pernah dengar dahulu. Inilah yang dikatakan DL itu satu keperluan.

Besides, membuat parents bangga dengan kita adalah kewajiban, dan inilah salah satu sebab kenapa mendapat DL perlu bagi kita. adakah anda mahu dengar yang ini:

"Boboy, anak kawan mummy semua grad  lepas 3 tahun, tapi you,dah 5 years dah habis-habis lagi. Nih baru diploma, belum degree lagi.. apa nak jadi dengan you nih.. (buat muke sedih yang teramat sambil air mata menitis-nitis)."

atau yang ini:
" Senah, hang tau dak, anak aku yang bongsu tuh, setiap tahun dapat hadiah kat universiti dia. Dia kata sapa dapat hadiah macam dia setiap sem, nanti dapat biasiswa untuk sambung blaja lagi. Sejuk perut aku mengandungkan dia. Alhamdulillah" (senyum sampai nampak gigi graham)

Sila buat pilihan yang tepat.

See, penting bukan anugerah dekan? mungkin anda dapat mencari sebab lain kenapa perlukannya. Jangan takut dan gentar. Allah bersama kamu. Banyakkan doa yang paling penting. Tidak kisah berdoa dalam, bentuk solat (solat hajat) @ dalam hati, atau lisan. Sebab takdir Allah yang tentukan. Hanya doa yang boleh menukar takdir. Betulkan? betulkan jika saya salah.

Bagi yang rasa dia lambat sedikit pick-up atau terlalu busy dengan club, kene work hard lebih sikit. Determination itu penting. Serious. Saya dah cuba. Semua orang boleh jadi pandai. Saya pernah lihat dan telah menjadikan dia sumber inspirasi, tokoh itu setiap sem dapat DL disamping dia memegang position, dalam MPP and beberapa Clubs. Serious super hebat. Nak kata gifted, SPM dulu dia dapat average je. apa yang penting DETERMINATION dan DOA. Ulang skali lagi,DETERMINATION dan DOA.

Selamat mencuba and gud luck! Saya tunggu result anda. Peace!!

Wallahu'alam.
*Mohon betulkan jika terdapat kesilapan

No comments:

Post a Comment