Friday, March 1, 2013

Jakarta- Mengajar Erti Hidup


Bismillah

Bukan apa yang kita inginkan semua akan kita dapat. Sebab Allah tahu apa yang kita perlukan. Ingatlah Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang terbaik buat kita. He’s so sweetkan? J

Tahun lepas, saya dan seorang sahabat dengan semangatnya merancang untuk berjaulah ke Korea kononnya. Ya, memandangkan duit simpanan ada lebih sedikit.  Kenapa Korea? Mungkin sebab trend sekarang semua orang minat dengan Korea disamping ingin mencuba travel jauh2 tanpa family. Sudah dewasa katakan. Eceh..

Tetapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Kerana banyak kekangan  dan sahabat saya tidak pasti lagi samada boleh pulang ke Tanah Melayu atau tidak, rancangan kami terpaksa di tangguhkan atau lebih tepat lagi di batalkan -_-

Semangat  untuk berjaulah masih kuat. Allah knows best. Tiba- tiba saya teringat bahawa saya pernah memberi harapan kepada seorang nenek di Indonesia bahawa saya akan ke sana lagi suatu hari nanti untuk menziarahinya. Alhamdulillah pada waktu itu air asia ada buat promotion ke Indonesia. Tanpa berlengah, main redah saja call seorang sahabat rapat  untuk sertai misi ini. Akhirnya dia bersetuju. Tiket ditempah.

Kami telah menetapkan hadaf kami ke sana. Ingin merasai kehidupan masyarakat di sana, bersilaturrahim dan tidak ketinggalan untuk shopping buku-buku islami yang mahal dan susah cari di Malaysia! :)



Di Indonesia, kami tinggal di rumah nenek yang saya sebutkan tadi. Pada mulanya saya ingatkan rumahnya tidah jauh daripada airport memandangkan dia menawarkan diri untuk mengambil kami di  airport. Rupa-rupanya perjalanannya mengambil masa 2 jam. MasyaAllah!. Sudahlah mereka terpaksa menunggu kami 2 jam di airport memandangkan flight kami delay dan ketika kami sampai kami tidak dapat menghubungi Mbak Yuni (cucu nenek).
Kami menjadi serba salah kerana awal-awal lagi sudah menyusahkan orang.

Dari awal lagi kami sudah di beritahu oleh Mbak,
 " rumah kami kecil, berbau tahi ayam ( mereka tinggal di kawasan ternak ayam), maaf ya jika ngak selesa"

- " x pe, memang kami nak rasa pun. Jangan khuatir ya mbak ;)"

Rumah nenek di Jakarta Timur. Sesampai sahaja di kawasan rumahnya, kami perlu melalui lorong  untuk sampai ke rumahnya. Alhamdulillah rumahnya tidak jauh ke dalam. Di rumahnya, kami ditempatkan di bahagian atas rumah. Kelihatannya seperti bilik di loteng yang memuatkan sebuah tilam queen size dan almari. Ya, rumahnya kecil. Tetapi jiwa-jiwa di dalam rumah itu sungguh besar. Perkara yang paling memberi kesan kapada saya sehinga kini ialah besarnya jiwa Mbak Yuni. Hidupnya penuh dengan motivasi.

Lorong ke rumahnya


She really really inspired me.  Seriously. Hidup mereka bukanlah mewah. Ruang tamunya tidak ada kipas. Tiada singki di dapur. Tetapi suasananya cukup harmoni. Keluarganya sangat menghormati tetamu  walaupun mereka dalam serba kekurangan dan itu sangat memberi kasan kepada kami. Sepanjang kami di sana kami sentiasa berasa kenyang. Di layan dengan istimewa. Bak anak kecil yang tidak bisa berdikari lagi.  Jiran-jiran juga meraikan kami. Ada yang hantar makanan kerana tahu ada tetamu dari Malaysia.

Mbak Yuni seorang wakil penduduk. Di amanahkan untuk menjaga kebajikan penduduk di situ. Rumahnya selalu di kunjungi oleh masyarakat jika ingin meminta pertolongannya. Dan dia akan melakukannya walaupun perkara itu remeh. Ada satu masa ketika saya berada di rumahnya, seorang ibu datang unutk meminta bantuan mengenai persekolahan anaknya. Pada fikiran saya, bukankah perkara itu boleh dilakukan sendiri? Tetapi Mbak tetap menolongnya juga. Dalam keadaan sibuk menguruskan hal tetangga, Mbak Yuni masih sempat untuk menjadi sukarelawan di JPN sekali dalam seminggu dan pada setiap petang weekdays rumahnya akan menjadi pusat tusyen untuk anak-anak jiran tetangga. Subhanallah! Cuba kita, baru penat sikit belajar, dah rebah tak boleh buat kerja apa dah.

Di kala malam di rumah Mbak, kami mengisi masa dengan bertukar-tukar cerita. Berborak dengan Mbak Yuni banyak memberi kami pengajaran tentang kehidupan.  Apa yang boleh saya ungkapkan, "wahai rakyat Malaysia, BERSYUKURLAH!"  Kalau bercerita tentang pendidikan Islam di Indonesia, pasti ramai di antara kita akan terbayangkan pasantren yang banyak di sana. Tahukah anda sebenarnya  pasantren di Jakarta sangatlah  mahal. Ada yang mencecah berjuta- juta rupiah sebulan (duit kita, beratus-ratus ringgit). Ibubapa terpaksa menghantar anak jauh untuk mendapat pendidikan agama yang sempurna. Anak Mbak dititipkan ke pasantren di Gontor yang mengambil masa 2 hari menaiki train untuk sampai. Betapa besarnya pengorbanan beliau menghantar anak kecilnya jauh dari keluarga untuk mendidiknya menjadi  seorang yang soleh wa musleh. Kita di Malaysia sekolah pondok, sekolah agama banyak. Senang nak dapat ilmu. Antara nak dengan tak nak je.  Selain itu juga, harga untuk ke umrah juga jauh lebih mahal daripada harga di Malaysia. Orang yang betul-betul kaya je yang boleh  pergi umrah. Apatah lagi haji.

Dalam beberapa hari di sana, kami juga di bawa ke PAUD (Pendidikan Anak Usia Dini)  tempat beliau mengajar.  Lebih tepat lagi PAUD yang diasaskan oleh beliau. PAUD kalau di Malaysia namanya tadika.

" Di kawasan ini, penduduknya miskin, ngak mampu menyekolahin anak-anak. Jadinya, PIKK  ini di ubah suai jadi tadika. Meja dan kerusinya kami buat sendiri. Beli secondhand dan cat. Teringat dulu kami di tahan polis ketika membawa meja dan kerusi ini.
Gelak
Walaupun hanya 15000 rupiah sebulan, ya masih ngak bisa di bayar oleh ibu-ibu. Kami teruskan juga sebab inginkan anak-anak yang berpendidikan"
( okey, ayat ni x dela betul sangat tapi lebih kurang :) )

Sungguh baik hatinya.
15000 rupiah  = x smpai 15000 rupiah  = x smpai rm10

PAUD


Pengankutan utama kami disana adalah angkot dan bajaj. Untuk ke Jakarta Barat sahaja kami menaiki bas. Itupun mangambil masa lebih kurang satu jam dari Jakarta Barat ke Jakarta Timur. Rasanya seperti dalam sinetron! haha. Mungkin jika kita pergi ke Indonesia melalui agensi, susah untuk merasai pengalaman ini. Sekali naik dalam 1500 rupiah seorang. Tiada harga specific sebenarnya. Saya juga kurang faham bagaimana cara pengiraannya.

Angkot


Di Jakarta Barat, kami tinggal di rumah akhwat-akhwat doktor. Di sana juga kami di layan bak puteri raja.  Sungguh. Ada one time tu, seorang ukhti belanja kami makan di restoran kalau kat Malaysia lalu tepi je bau dari luar. Ini serius speechless. Jazakillahu khairan kathira kak Ina! Banyak lagi pengalaman kami bersama akhwat di sana. Sharing cerita, shopping bersama. Ya, walaupun sebentar tetapi kehangatan ukhuwah itu sangat dirasai. Moga Allah membalas segala kebaikkan kamu wahai kakak-kakakku! :)

 Sangat banyak pengalaman ketika berada di sana. Paling saya respect dengan Indonesia adalah, masjid di bangunkan di dalam shopping complex. Ok, kalau kita di Tanah Melayu, hanya surau disediakan. Itupun kebanyakan ruangannya kecil. Tetapi di sana siap ade masjid. Wow!

One of signage in masjid in the shopping complex




The rest is history. Terlalu banyak kisah yang tercoret di sana. Tak tergambar rasanya. Mungkin anda perlu mencuba untuk berjaulah ke sana!

Wallahu'alam.


Moga bermanfaat..*Jazakillahukhairan kathira to kak Ain, Kak El, Kak Ina and semua kakak2. Also to Mbak Yuni, nenek, Tika and rest. May Allah bless you and your life full with baraqah.


Some pictures yang sempat snap..

Bakso yang sangat sedap

Dalam kelas di PAUD




 .