Tuesday, August 9, 2011

Kaulah yang bersalah!!!

Bismillah,

Sambil berehat-rehat di atas kerusi yang empuk (melepaskan lelah selepas bekerja seharian suntuk), tangan tiba-tiba tergatal pulak untuk switch on TV setelah sekian lama tak terbuka. huhu. Tanpa terduga- muncul wajah Anna Althafunnisa dan Khoirul Azam. Wow, ketika cinta bertasbih the serieslah! maju2. Tapi, bukan kerana cerita itu itself yang menerujakan saya untuk menonton. Kebetulan time itu, part dihospital di mana seorang Kyia sedang terbaring lesu di atas katil menunggu masa untuk bertemu Tuhannya. Dia dikelilingi oleh beberapa orang yang wajahnya terpancar sinar keimanan.(maklumat tambahan..hehe). Dalam keadaan tidak bermaya, Kyai itu sempat berpesan berwasiat:

" Janganlah kamu berpacah belah, kerana ia akan merosakkanmu"

Lebih kuranglah begitula ayatnya. Ada panjang lagi wasiatnya, tapi yang ini yang memberi kesan kepada saya.  
Kenapa?
Sebab, percaya atau tidak, kesepaduan suatu organisasi itu sangat memberi kesan kepada umat, rakyat, masyarakat @ seumpamanya kini dan akan datang. Serius! Perkara ini sudah berlaku di depan mata. Mungkin ANDA  juga dah  merasainya. 

Solidarity is the most for everyone


Pernah once upon a time sewaktu di universiti dahulu, dalam sebuah meeting yang kononnya diadakan sebagai post moterm, word "KAULAH YANG BERSALAH" sangatla di agung-agungkan, menunding jari menjadi habit dan sifat ketegaq sentiasa di amalkan , dan akhirnya tidak ada kepersepakatan akan berlaku. Pencatit minit terpaksa menukar tajuk meeting dari POST MORTEM kepada SALAH-MENYALAH SESSION.  Aktiviti-aktiviti akan datang surely akan hancur sebab semua dok dendam sana dendam sini. Ahli organisasi yang menjadi pemerhati kehormat yang akan menjadi mangsa. Bukan mereka sahaja, ahli kelab juga menjadi mangsa tambahan sebab aktiviti mereka tidak bejalan lancar. Kesannya bukan berhenti di situ sahaja. Apabila aktiviti persatuan tidak di jalankan, persatuan itu dilabel persatuan boring dan x best. Semester akan datang surely ramai ahli cabut except yang dah bayar yuran untuk setahun. Dan bilamana tidak ada ramai ahli, kemungkinan besar persatuan itu akan dibubarkan. Sangat kesian kepada the founder dan para pioneer organisasi persatuan itu. Penat lelah mereka di bayar dengan pengbubaran persatuan yang mereka bina oleh new generation...
Haa.. nampakkan imapak yang besar yang akan berlaku jika diada kasatuan dan perpaduan dalam organisasi?

Itu baru organisaisi di universiti. Bagaimana pula organisasi yang mentadbir negara? 


Mungkin ramai yang memandang enteng atau tidak pernah terfikir hal ini terutama manusia-manusia yang malas nak join mana-mana organisasi. Tapi percayalah, perkara ini sangat penting.

Allah juga telah berfirman:

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً  فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ  فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنْتُمْ عَلىَ شَفاَ خُـفْرَةٍ  مِنَ النَّاِر فَأَنْقـَدَكُمْ مِنْهَا كَذَالِكَ يُبَبِّنُ اللهُ لَكُمْ اَيَاتِهِ لَعَلـَّكُمْ تَهْـتَدُونَ ’{ال عـمران 103} 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah   dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk”

Thus, apa tindakan kita untuk bersatu patu?
Tidak payah susah2 fikir, the most important are: Kita, x kesahlah sebagai ketua atau apa, jangan bercakap terlalu banyak tapi praktiknya x de. Also, jangan tunjuk pandai sampai x mau dengar pendapat orang. Asyik dia je nak menang, mane boleh macamtu walaupun dia seorang ketua. Syura itu penting. selain tu, sesama ahli dalam organisasi perlu bermuafakat untuk capai hadaf (muafakat).

Semoga sampai apa yang nak di sampaikan.

Moga memberi manfaat.
Wallahu'alam.












No comments:

Post a Comment