Monday, November 7, 2011

ITHAR.. bukan sekadar nama.




Bismillah.

Di sebuah sekolah di penuhi salji yang bersih lagi suci, kelihatan 2 orang best friend forever (bff) sedang berbual-bual selepas penat ice skiing selama 3 jam tanpa henti:

Ithar: Amin, tadi Ahmad kasi donut untuk kita berdua. Tau-tau je kita tengah lapaq. Tapi satu dah makan sikitla.Kau amek yang dah makan sikit ea..hehe
       
Amin: hmm...yelss.. :(

Pernahkah anda tahu apa itu Ithar? 
Ya betul!! Nama watak di atas. Tapi bukan itu yang saya maksudkan..hehe.


Ithar itu ertinya mengutamakan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan kita, bahkan, kita akan melebihkan diri orang lain lebih daripada diri kita sendiri. Ithar is the highest level of ukhuwah.  Setinggi-tinggi ukuwah. Dan serendah-rendah ukhuwah adalah berbaik sangka dan berlapang dada.




Back to the story,  apa yang saya nampak Ithar bukanlah seorang yang Ithar seperti maksud namanya. Tidak mendahulukan kawannya walaupun dia juga kepenatan seperti kawannya. Apalah gunanya kata "u are my BFF" tapi susah untuk mengutamakan kawan.ish2


Kenapa Ithar menjadi the highest level of ukhuwah? Susah sangat ke nak dahulukan orang? 
Ya, memang susah. Susah sangat. Cuba ingat balik, perkara ini akan berlaku jika:


> lift sesak dan pintu lift di buka,anda akan masuk dulu, tinggalkan kawan anda dibelakang berasak-asak dengan orang lain, janji anda dapat masuk dulu. huu


> Di kantin, ada tinggal satu pinggan je, anda dan kawan anda tengah lapar syadid(sangat), anda akan ambil pinggan tu dulu. 'Aku peduli apa. Lapaq gila nih.' Dengan muka innocent, anda terus mengambil makanan meninggalkan kawan anda yang temangu-mangu tuh.


> Dalam train nak pergi berwindow shooping kat KLCC, anda dan your Bff terpaksa berdiri sebab train penuh. Tetiba, dengan rahmat tuhan, ada satu tempat kosong. Anda terus pergi ke arah itu dan duduk. Berasa bahagia sehingga terlupa kawan anda yang sedang berdiri tadi.


> Dalam kelas cikgu, pas-paskan hand-out, sampai giliran anda dan kawan anda  hand-out tak cukup dan anda terpaksa share dengan kawan. Di akhir kelas anda terus simpan kertas itu dan kata kepada kawan 
" nanti nk photostat beritau taw. Aku amek yang ini"


Jika perkara di atas anda pernah lakukan, sila beristighfar 100x. Lihat, bukan senang nak itharkan. Tahniah kepada anda yang tidak pernah melakukan perkara di atas! Teruskan usaha menjadi BFF terbaik untuk mengecapi syafaat-NYA nanti. 


HUrm..Saya dah cuba ithar, tapi tak leh gak. Camne nak berukhuwah dengan jayanya nih? argh!!
Jika tak mampu ithar, mulalah dengan berlapang dada dan berbaik snagka kepada kawan dulu, kerana itu adalah serendah-rendah ukhuwah. Tapi, perkara itu pun bukan perkara yang senang jugak kan? huhu.
Kenalah cuba, try, test. Sebab mana ada benda yang senang di dunia. Itu sebab siapa yang berukhuwah kerana Allah, maka dia akan mendapat naungan di akhirat nanti. Berukhuwah kerana Allah, perlulah ada sifat ithar. 


Hadam dalam hati. Ithar.Ithar.Ithar. 


Satu hari itu akan menjadi satu benda yang paling super cool dalam hidup anda. yeay!!


Tepuk dada tanya Iman.




Mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri sekalipun mereka berada dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat.” (al-Hasyr: 9) 

May be blessed.
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment