Wednesday, November 24, 2010

Warkah Kepada Pemimpin

Bismillah..
Premise 1: Pemimpin adalah hamba kepada pengikut
                                             Premise 2: Saya adalah pemimpin
                                            Conclusion: Saya adalah hamba kepada pengikut!

Memimpin. Jangan menganggapnya senang dengan hanya duduk di atas dan memberi arahan sana-sini di samping INCOME masuk berganda-ganda macam manggis jatuh bile kena kait.


Hadis Sahih:
Mana-mana pemimpin yang dilantik mengurus urusan Muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh terhadap mereka dan menasihati mereka, maka dia tidak akan masuk ke dalam SYURGA bersama-sama dengan mereka
 TAKOT X? :(

Khalifah Umar Abd Aziz pernah meminta nasihat daripada seorang ulama' yang bernama Hasan Al-Basri..
Dengan senang hatinya ulama' besar itu menulis sepucuk surat kepada Kalifah Umar dan antara isinya..

Allah telah mengamanahkan Khalifah untuk membetulkan segala kesalahan, membaiki yang rosak, membela mereka yang teraniyai dan menguatkan yang lemah.

Seorang ketua hendaklah berdiri antara Tuhan dengan hamba-Nya. Dia mendengarkan firman Allah dan kemudiannya menyampaikannya.
Seorang ketua juga perlulah menghukum dengan ADIL dan sentiasa ingat pada mati dan apa yang terjadi selepas mati. Ketika itu, tiada siapa yang mampu membela selain amal ibadatmu. Kerana itu, perlulah bersiap sedia menghadapinya..

Kesinambungan dari itu, seorang ketua itu tidak seharusnya memandang pada kedudukannya pada hari ini, tetapi pandangglah kedudukan pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Allah di tengah kelompok para malaikat, nabi dan rasul...

That's A LEADER..

Mampukah kita seperti Abu Bakar yang sanggup berperang untuk membeteras kefasikan?
Mampukan kita seperti Umar Al-Khatab menakluk banyak wilayah?
Mampukah kita seperti Umar Abdul Aziz yang memecat pemerintah yang tidak melaksanakan solat Fardhu?

Mampukah...

Renung + tafsir

Wallahu'alam..

p/s: teringat slogan skolah: Hira' memimpin :p

No comments:

Post a Comment