Monday, April 25, 2011

Ya, Kita juga akan ke sana

Innalilah wa inna ila rajiun..

Pemergiaan abadi...
Itu hakikat. Terbukti. Tiada siapa yang mampu menghalang.
Memorimu bersama mereka akan membuatkan mereka sentiasa mengingatimu, menyebarkan kebaikkanmu dan mendoakan kebahagiaanmu di sana. Itu sahaja pertolongan yang mampu mereka sumbangkan kepadamu.

Kita, yang masih mampu menghirup udara, perlu bersyukur dan terus menuju kebaikkan demi kebaikkan untuk kejayaan di sana. Ya, bukan semua yang akan berjaya untuk mendapat REWARD dari-NYa. Hanya yang benar dalam pemilihan hidup akan berjaya.

"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada pula yang mendahulukan kebaikkan dengan izin Allah. Yang demikian adalah kurnia yang besar" [35:32]

Kamu yang berhak memilihnya. Kehidupan atau Akhirat [87: 16-17]. Sangat terkesan.


Moga Allah mempermudahkan dan meredai kehidupan ini. Peringatan untuk diri dan mereka yang ingin.

Dan juga Al- Fatihah buat Atuk tercinta- pulang ke rahmatullah 23/4/2011. Moga berbahagia di sana.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment