Monday, September 17, 2012

There is a time being a stalker is a good thing

Bismillah...

Alhamdulillah praise to Allah as we still be given the opportunity to breath, smell, walk, be happy, have parents and friends and do whatever we like. Sometimes we forget to appreciate those small things. We always complaining on what we do not get and forget those what had Allah give us before. This always happen to me too.

Astagfirullah...

There is one incident that makes me ponder on this issue. (Alhamdulillah as Allah give me taufiq to thing about it). Recently, there are many new friends added me in FB. First off all, thank you for adding me. :) But started from that, I become a professional stalker (should I call it a detective?). Hahaha. Sound scary? HAHA. Okey2. I'm not actually really stalking. But it's more to know my new friends more. It is a better explanation? :)

I was not to excited to read my new friends wall actually. But something had grabbed my attention. Many of them are orphans! It's really sad to read their status. When I see them in real life, they look happy and cheerful. But when I read their status, they made me sobbed.

Some of us may call this incident is coincidence. But I think Allah wants to tell to me to appreciate and love my parents wholeheartedly. We don't know how long can we serve them in this dunya. As we still have the opportunity, do it.

I love my abi and ummi!

And you, who still have parents, be good to the orphans especially your friends. Don't you want to be Rasullullah in the heaven?



For my dear orphan friends, keep praying to Allah for you parent. Because Allah's Messenger [صلی اللہ علیہ وسلم] said: "When a man dies, his good deeds come to an end except three: ongoing charity, beneficial knowledge and righteous offspring who will pray for him."

May your parent and you will gather in Jannah. Ameen.

"O Ya Allah, do not hold us responsible if we forget or make a mistake. O Ya Allah, do not lay on us a burden such as You laid on those before us. O Ya Allah, do not impose upon us that which we have not the strength (to bear). Pardon us, and forgive us, and have mercy on us. You are our Lord-master, so help us against the unbelieving people"


Wallahu'alam.




Sunday, August 12, 2012

Si Robin Hood di bulan Ramadhan.

Bismillah..

Disclaimer: Sila tonton video di atas dahulu sebelum membaca post di bawah..  :)


Jika tak termasuk hari ini, tinggal 6 lagi hari kita akan berpesta ibadah di bulan Ramadhan ini. Eh nak habis ramadhan dah ke? capatnya!! Jika anda masih dalam mood lalai dan leka, sila ketuk ketampi atau tampar diri sendiri banyak kali supaya kita tersedar.. Bagi anda yang baru tersedar, jangan risau masih ada masa lagi untuk berpesta ramadhan! Walaupun terlambat tapi masih adakan peluannya?

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan tarbiyah kepada kita. Masa inilah kita nak didik diri kita terutama nafsu kita untuk jadi lebih baik. Allah bukan saja-saja suruh kita berpuasa 30 Hari, solat terawikh berakaat-rakaat,    tahan diri dari buat maksiat. Semua itu untuk mendidik diri kita. Tak kira dari segi spiritual, jasmani, dan intelektual. Lagipun, memandangkan setan dah kena ikat tiada alasan lagi untuk kita tak nak berubah jadi lebih baik. Bulan lain bolehlah aci redah bagi alasan tak nak berubah sebab setan asyik goda je. But not in Ramadhan. 

Namun Begitu, sayang sekali masih ramai yang tidak ambil peluang ni. Tergoda dengan nafsu, dunia. Yang paling tak tahan tuh, makin banyak pulak kecurian yang berlaku. Di sekeliling saya terutama. Mula-mula jiran  saya yang hampir kehilangan kereta dihadan rumahnya. Kemudian, jiran kenalan yang dirompak ketika sedang nak bersiap bersahor. Lagi, ustazah saya yang dirompak beg tangannya sewaktu sedang qoilulah di surau sementara tunggu orang solat jumaat. Dan the latest, tadi selepas solat terawikh, sahabat saya kehilangan handphone dan berpuluh-puluh ringgit! Sungguh banyak bukan? Ini baru di sekeliling saya.  Dan ini berlaku di bulan Ramadhan.

Saya percaya, setiap kejadian yang berlaku baik kepada pencuri atau mangsa ada hikmanya. Mungkin Allah ingin menguji mereka. 

Kapada pencuri: Bertaubatlah! Kerana pintu taubat masih terbuka. Ya, mungkin anda pencuri dengan niat nak tolong orang miskin sebelah taman atau sebagai duit raya kepada sanak saudara. Niat tak menghalalkan cara beb! Robin Hood bukan idola yang baik untuk anda!! Berdoalah kepada Allah kalau kita nk something. Sesunggunya Allah akan memperkenangkan doa kita. Lambat atau cepat. Tak tipu!




Kepada mangsa: Anda sedang dalam mood "diuji". Sila banyakkan doa memohon  pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Bukankah doa orang berpuasa dimakbulkan? :) P/s: mungkin boleh redakan duit yang dicuri sebagai duit raya mereka? hehe



"Siapa yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah memang loser betul ! "

[sumber asal : Hadis Rasulullah riwayat Bukhari]


Wallahua'alam

Allahumma barikna fi ramadhan wa balighna lailatul Qadr!


Saturday, July 28, 2012

I'm not perfect.

Bismillah...

Alhamdulillah i had finished my last paper few days a go. What a relief!  This is the hardest part since I was in uni. I don't know what did  I "goreng" on the papers. Almost papers were very difficult. Seriously!! Once, there was my friend cried after end of 1 very killer paper. No one of us left the hall, that time without groaning.NO ONE. See, how difficult it is. But , when I tell my friends on how difficult it is, then they will say  " alaa, tipulah susah.. awak pulak. Kan budak pandai. takkan rasa susah punya."

How frustrating it is.

Not everyone perfect. Bukan semua budak dekan tu boleh jawab soalan dengan tutup mata je. They also ordinary people. Who also faced difficulties.

So, be with them. They also need friend to support them behind. Susah dan Senang. This what we call ukhuwah.

May be blessed to everyone.

Thursday, July 12, 2012

Mabrook Puan Akak Rosman!

Bismillah,

12.7.2012

Alhamdulillah, tadi my friend, Farahiyah telah selamat menukar statusnya dari cik kepada Puan. Agak sedih kerana tidak dapat hadir semasa akad nikahnya, tapi sangat-sangat happy di atas pernikahan itu!

Terasa sangat masa berlari begitu pantas. Tiba-tiba je dapat berita my 1st friend sebatch akan mendirikan housestepp (rumahtangga). Di awal 20-an. Teringat dulu masa standard 6, ramai yang mula utuk bercintan-cintan. Tapi cikgu dah sound awal-awal. "UPSR tak habis lagi dah nak cinta-cinta. Tunggu sampai masuk universiti dulu." 

Haha... lawak pulak bila teringat. Dan sekarang dah universiti. Kawan pun sorang dah kahwin. Dah kene fikir ke untuk berkahwin ke?...

err.. (drop the subject) :)




http://www.facebook.com/photo.php?fbid=495015650524125&set=a.483344101691280.137574.100000470831864&type=3&theater
credit

Papepun Barakallahufiq kepada Puan Farahiyah dan zauj. Semoga kekal hingga ke syurga.
May Allah Bless~


Saturday, March 24, 2012

Thanks to God la Muslim

Bismillah..

Pernah tak kamu travelling menaiki KTM baru? It's white in colour. A high speed train. Pada mulanya saya agak terujua untuk menaiki train tu. Al-maklumlah 1st time. Saya menjangkakan saya akan sampai 2 kali ganda lagi cepat dari menaiki KTM lame tapi.... hipotesis hanya tinggal hipotesis! You know what.. we took about 2 hours to arrive to our place. Gayenye dah macam Kuala Lumpur-Melaka je. Padalah nak sampai klang dari mid valley x sampai 1 jam pun. Sepanjang perjalanan, adalah jugak beberapa kali train berhenti lama. Mareka masih dalam adjusting process train baru itu.

Walauapapun, kita kene percaya, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Kelihatanya perjalanan yang panjang itu tidak sia-sia begitu sahaja. Alhamdulillah..
Sepanjang perjalanan, saya di takdirkan untuk berdiri di sebelah seorang dokter wanita yang agak berusia umurnya. Melalui pemerhatian saya, dia seorang panganut agama kristien (necklacenya membukikannya!). Kedengarannya di sedang rancak berbual dengan seorang kanak-kanak muslim. Agak tidak dengar apa yang di bualkan tapi seperti suatu yang menarik. Saya terus berdiri di situ sambil berdoa supaya dapat cepat sampai. Waktu asar dah nekat habis!

Alhamdulillah, setelah agak lama berdiri, seorang penumpang bangun untuk turun. Saya hanya membiarkan sit itu kosong dan memberi laluan kepada wanita itu sudah tentunya kerana dia lebih berumur daripada saya. Namun, wanita itu senyum kepada saya dan berkata:

" Now, who's going to sit? me or you?"
Saya agak tekejut di situ, selalunya bila ada sit kosong orang yang agak berumur akan terus duduk sebab dia tahu, orang muda takkan berani nak duduk kalau ada orang tua kat situ. Sungguh beradap wanita itu!

" It's okey madam, you may sit"  ujar saya dan tersenyum.

"Thank you"  dia terus duduk dan membalas senyuman..

Keretapi itu meneruskan perjalan. Kuasa tuhan, sekali lagi keretapi itu berhenti, Dan rasannya seperti akan berhenti lama. Lampu train asyik on off je Semua orang dah lenguh-lenguh berdiri termasuk saya. Sekali sekala saya akan menggoyangkan kaki untuk menghilangkan kelenguhan. Tiba-tiba wanita tua itu berdiri.

" I have enough rest. You may sit here. It's okey. we can change time to time" dia terus tersenyum.

"But madam..." tergamam lagi sambil tak tau nak buat apa. Orang yang duduk disebelahnya hanya tersenyum.

Saya pun duduk dengan rasa bersalahnya. Bagaiman seorang kristien boleh berkelaluan baik sebegitu. Sedangkan ramai je saudara semuslim yang muda yang duduk di dalam train tuh. Mereka yang sepatutnya memberi tempat duduk kepada saya. Bantu membantu antara satu sama lain. Kita bersaudara bukan? Bukan saya mengharapkan tempat duduk, tetapi saya agak berasa malu sebab yang memberi bantuan adalah orang bukan saudara seislam saya. Kita yang islam yang patutnya menunjukkan contohnya yang baik.

Saya hanya duduk untuk beberapa minit dan memberikan tempat duduk kepada orang lain pula.

MALU..

Selepas lebih kurang setengah jam berhenti, akhirnya train itu bergerak semula. Kedengaran seorang kanak-kanak muslim bersorak gembira.
Hooray..hooray!
wanita itu hanya tersenyum lagi.
"Thank you to God, Thank you to God!" ucapnya.

Sekali lagi saya berasa malu. Macam nak sorok muka dalam almari dan tindih dengan 15 helai selimut. Kalau agama lain tahu bersyukur, bagaimana pula kita yang berpegang pada agama yang Haq? Bukankah kita sepatutnya sentiasa bersyukur pada Allah.

"Dik, ucap Alhamdulillahlah" tegur seseorang. Lalu terkumat-kamit dia berhamdalah.

 “Hanya sedikit dari kalangan hamba Ku yang bersyukur”. (34:13)

Astghfirullah...

 


Kanak-kanak perlu di ajar untuk bersyukur kepada Allah. Bukan kanak-kanak sahaja, Yang dewasa pun. Tak rugi pun bersyukur. Lagipun pahala pun dapatkan?


Moga kita dapat pengajaran daripada kisah ini..
Maaf jika ada yang salah..

Wallahu'alam

Friday, March 2, 2012

Semangat new sem!

Bismillah...

It is new sem...
Lets start it fresh
bygone be bygone
Niat baru
Semangat baru
Azam baru
May be blessed~

It's the new challenge beb!


Allahumma yassir walaa tu'assir. Allahumma laa sahla illa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlaa.


Wallahu'alam

Trip to Arau- Recalling the past~



Bismillah...

Alhamdulillah, telah selamat sampai daripada Araustralia Arau, Perlis.Tempat yang memberi 1001.342 kenangan kepada kami yang sempat beberapa sem belajar di Menara Gading kat sana. Kedatangan kami yang mula-mulanya nak buat surprise di sambut dengan suprise jugak oleh kawan-kawan kat sana.. Boleh pulak kami gembira-gembira datang dari jauh tetibe depa buat don't know je. Haru. Tapi keadaan tuh belanjutan untuk beberapa detik je. Then,semua melepas rindu dengan gumbiranya until the end.


credit

First impression sewaktu kami sampai sana " X sangka dapat jejak kaki kat sini lagi. Alhamdulillah." (mata bersinar-sinar melihat pemandangan arau).  Walaupun sekejap je bermukim kat sana, ia tetap meninggalkan sangat banyak memori dan memberi ibrah (pengajaran) dalam life nih. Ya, sangat banyak. Kadang-kadang kita tak perasan, benda yang happened dalam life kita tu lah yang mengajar kita jadi dewasa kan? Boleh jadi benda baik atau benda buruk. Contohnya, cam gaduh dengan kawan until something big thing berlaku membuat diri kamu menyesal seumur hidup. Because of that, kamu menyesal, bertaubat dan berazam untuk berubah jadi baik and act like an adult. Itu satu contoh. dan setiap orang ada pengalaman mereka sendiri.

Mengingati kisah lalu juga sometimes boleh membuat kita jadi kuat. Sebab kisah-kisah itu sentiasa menjadi pendorong kita time futur(lemah). Bila kita ingat balik camne kita ngan geng2 kita harungi mehnah dan tribulasi sesame untuk berjaya, kita boleh jadi semangat balik. Ada seorang tuhcerita, dia akan semangat bila dia ingat balik camne dulu diorang kene denda dasyat sangat time korikulum. Pegawai tu kata kalau sorang buat salah semua akan kena. So, diorang semue pakat buat yang terbaik sebab tak mau susahkan kawan diorang dengan kesalahan diri mereka sendiri. Finally,berkat usaha dan doa, diorang semua berjaya hadapi cabaran itu. Dia  kata, semangat tuh dia akan ingat sampai bila-bila. Selain itu jugak, orang selalu cakap, orang yang berjaya belajar dari kegagalan. Itu betul. Kalau kita ingat balik betapa susahnya dulu kita nak recover balik lepas gagal, takkan senang-senang je kita nak sia-siakan usaha kita tukan?


Kenangan manis. Kenangan tawar, Kenangan sedih. Kenangan comel. Dan segala jenis kenangan, sangatlah berguna bagi sesiapa yang mengingatinya untuk membaiki diri jadi lebih baik untuk kehidupan akan datang. Toksahlah simpan dalam memory minda kita je. Jadikannya sebagai pengajaran okey?


Wallahu'alam..

P/S: jutaan terima kasih kepada comrad2 di arau yg sudi melayan kami.. hehe.. May be blessed~



The advantage of a bad memory is that one enjoys several times the same good things for the first time.
~ by Friedrich Nietzsche