Friday, February 3, 2012

Birthday Hero Pujaan Dunia!

Bismillah...

Setiap tahun birthdaynya akan di sambut penuh hoyeah dan kegembiraan diseluruh dunia, termasuk Tanah Melayu yang aman ini. Tahun ini, birthday HERO pujaan dunia ini jatuh pada tanggal 5 Feb kalau ikut hari kat Tanah Melayu. Macam-macam persiapan dah dibuat oleh pihak berkuasa dan pecinta-pecinta Rasullullah khas untuk hari tersebut. Dengan perarakannya (aktiviti harus setiap tahun) , jamuan, ceramah2 dan majlis2 sekutu dengannya yang akan membawa manusia menyelami dan mendalami kecintaan kepada Rasulullah. Syokkan? Sangat beruntunglah, anda (tunjuk kat kamu yang tengah baca nih), anda (orang sebelah kiri anda) dan anda ( orang sebelah kanan) kerana dipilih Allah untuk hidup kat bumi Malaysia nih.


Namun, sedikit benda yang agak menyedihkan. Ramai antara kita yang hanya menzahirkan rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w time sambut mawlidul Rasul je. Sehari tuh je. Lepas bersemangat berselawat sampai hilang suara time perarakan, terus balik umah tido. Bila bangun, buat cam tak de apa-apa berlaku. Tiada sunnah di ikut,tiada selawat ke atas nabi lagi.

Sedih.

Kenapa sebenarnya kita sambut Maulidul Rasul? Sebab satu dunia sambut ke? atau sebab cikgu kata wajib join perarakan kalau tak kena denda? atau Kita memang betul-betul cinta akan Rasulullah?

Sila ambil wuduk, duduk kat mana-mana dan muhasabah balik diri kita.

Cinta Rasulullah bukan cinta bermusim uols (y'all). Cintanya bukan seperti cintanya kita pada awek atau balak kita yang boleh nk break-up lepas sehari couple. Dan bukan juga seperti cinta kita pada kucing parsi Mak Jah jiran sebelah. Cinta Rasulullah cinta yang permanent. Sebab baginda adalah HERO yang telah berjuang demi nilai-nilai kemuliaan dalam kehidupan manusia seluruhnya. Baginda tak pernah kenal makna kepayahan dan kesengsaraan bahkan kepayahan inilah yang menjadi intipati kepada kecemerlangan Islam yang kita nikmati pada saat ini.


Satu lagi yang perlu kamu tahu, Rasulullahlah the only one yang akan tolong kita kat akhirat nanti. ade ke orang nak bagi syafaat kat kita yang banyak buat dosa dan onak nih? Tampar muka, tanya Iman. 


Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahwa Rasulullah S.a.w bersabda, “Setiap Nabi alaihis salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafa’at bagi ummatku, kelak di hari kiamat. Maka, syafa’at tersebut Insya Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang wafat dalam keadaan tidak menyekutukan Allah ta’ala dengan suatu apapun.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Selalunya, kalau kita nak dapat something dari seseorang, kita mesti buat apa yang orang irtu sukakan? Sama juga, kalau kita nak syafaat daripada Rasulullah, kita kena lahirkan kecintaan kepadanya dengan buat sunnahnya dan sekawat keatasnya.

Ingat senang ke nak lahirkan kecintaan pada orang yang kita tak pernah jumpa?

Memang tak senang, tapi kita kena cubakan? mane ada perkara senang kat dunia nih. apa yang kita boleh buat ialah, try untuk berselawat kepada Rasulullah setiap hari. Bukan dalam solat je.



و قال صلى الله عليه وآله وسلم: ‘من صلى علي واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحط عنه عشر خطيئات ورفع له عشردرجات

Sesiapa berselawat satu kali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat 10 darjat ketinggian.

Boleh download selawat2 yang best kat youtube ke, 4 shared ke..


Selain tuh, kita boleh upgrade cinta kita pada Rasulullah dengan buat sunnah-sunnahnya at-least 3 kali sehari.

 Contoh, makan tangan kanan, minum duduk,senyum. Senangkan? 


Dolu-dolu, para sahabat akan by hook or by crook berusaha untuk follow setiap apa yang Rasulullah buat.

Sehinggakan Rasulullah bukak satu butang baju time solat pun mereka ikut. Subhanallah!

Haaa, jom manfaatkan Maulidul Rasul tahun nih sebagai turning point kita untuk menjadi lebih baik dan lebih 

mencintai Rasulullah.


Aman.

Wallahu'alam












No comments:

Post a Comment