Tuesday, January 6, 2009

Petua untuk semua Zumalai..

Bismillah...
Kalau bukak Fokus ke E-Siswa ke Dewan Pelajar, banyak petua camne nak blaja secara berkesan atau cara nak beri tumpuan dalam kelas. Namun begitu, skop untuk petua-petua tidak hanya untuk petua pelajaran sahaja. Untuk menyenangkan atau memudahkan atau membahagiakan hidup kita, terdapat beberapa petua yang bleh dishare dengan semua....
1. Mulut Berbau...
- ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih lalu ditumbuk
lumat. Gosokkan bahan ini pada gigi dan berkumur. Lakukan 3
hari sekali. Insya Allah bau mulut akan harum
2. Nafas Berbau...
Amalkan memakan hampas kelapa yang digoreng tanpa minyak dan
minum air suam.Lakukan setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3
hari sekali.Insa Allah pasti berjaya.
# kalau malas - gunalah Dentine!!!
3.Gigi berlubang..
-Ambil getah pada tampuk buah betik yang masih muda.Dengan
menggunakan kapas, sapukan pada gigi yang sakit.
4. Memutihkan Gigi...
- Tumbuk arang sehingga jadi serbuk dan gosoklah gigi anda dengannya
sekerap mungkin.Insya Allah pasti berjaya.
5. Pakaian kene Karat.....
- Ambil beberapa biji buah belilmbing buluh yang masak dan sentalkan
kuat-kuat macam basuk stokin putih kat kolah.... sonang je..
6. Wangikan Rambut secara semulajadi
- Hiris beberapa biji limau nipis lalu digosokkan ke seluruh kepala.Biarkan tuk few
minutes.Then basuhlah...
SEmoga dengan petua ini dapat memberi manfaat kepada semua....
me_09

No comments:

Post a Comment